quote linkedin dugout

Galeri Foto

Video 11 Galeri Foto

Kit laman lawan City 2017/18 dilancar di LA

TEROWONG VISI: Bersiap untuk perlawanan menentang Real Madrid dalam saingan International Champions Cup.

TEROWONG VISI: Bersiap untuk perlawanan menentang Real Madrid dalam saingan International Champions Cup.

Manchester City akan memakai jersi berwarna merah marun (merah tua) semasa perlawanan-perlawanan di tempat lawan musim depan, sebagaimana digayakan oleh Danilo, Ederson, Phil Foden dan Leroy Sane di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Dengan berlatarbelakangkan ‘Kota Malaikat’, empat pemain City tersebut berehat sekejap dari persiapan pramusim mereka dan menuju ke lapangan California yang disimbahi sinaran mentari untuk melancarkan kit laman lawan City bagi musim 2017/18.

Dikeluarkan menjelang perlawanan kedua kejohanan International Champions Cup edisi Amerika Syarikat menentang Real Madrid malam Khamis ini, kit terbaru ini akan dipakai buat pertama kali di Stadium Coliseum terkenal di LA, dimana pasukan Pep Guardiola akan berhadapan dengan kelab gergasi Sepanyol.

Para peminat tidak perlu menunggu masa yang laman untuk mendapatkan kit ini yang boleh dibeli secara online dan juga di CityStore mulai hari Khamis, 27 Julai.

Ini bukanlan kali pertama warna merah marun dipaparkan untuk kit alternatif City dan sebagaimana di masa lalu ia diinspirasikan dari sejarah kelab yang sarat.

Related image

Warna merah tua ini telah dipakai oleh pasukan City yang menjuarai Piala FA tahun 1956, sementara ia juga termasuk dalam kit laman sendiri yang dilancar beberapa bulan lalu sebagai mengenang kembali kit yang dipakai oleh pasukan menjuarai Liga Inggeris musim 1967/68.

Terdapat juga ruang yang sinonim dengan warna jati Manchester City, dengan jaluran warna biru langit di jersi dan setokin untuk merakamkan identiti tersendiri kelab.

Bagaimana pula kit untuk penjaga baru City, Ederson?

Kit penjaga gawang dipadankan dengan jersi warna hijau, seluar pendek dan setokin khas untuk para penjaga gol yang pasti akan memuaskan hati peminat bola sepak sejati.

Jika rekaan merujuk kepada sejarah lalu, teknologi Aeroswift Nike pula jelas memberi rasa kemodenan.

Sebagai inovasi pakaian tercanggih hingga kini, kit Aeroswift adalah ringan, anjal dan cepat kering supaya dapat membantu kelajuan permainan bola sepak bebas dari sebarang gangguan.

Diperkemaskan lagi dengan padanan corak geometri yang disulam di atas bahagian dada jersi dengan jaluran pengudaraan, hitam dengan biru City di bawahnya, di kedua-dua sisi jersi dan seluar pendek, yang anjal mengikut pergerakan badan pemain.

Akhir sekali, lilitan setokin biru City menampilkan teknologi Nike Grip untuk hubungan terunggul antara kaki ke kasut but pemain.

Kit laman lawan Manchester City 2017-18 boleh didapati secara online di mancity.com/shop dan di City Store Stadium Etihad mulai hari Khamis, 27 Julai.

 

 

6
7
8
9
10

Berita Kelab

Lebah Manchester menghiasai jersi di derbi USA

Lebah pekerja lambang ikonik bandar Manchester akan terpapar di jersi-jersi para pemain Manchester City dan Manchester United dalam perlawanan persahabatan pramusim di Amerika Syarikat.

Kedua-dua pasukan akan memakai jersi dengan simbol terkenal bandar di mana kedua-dua pasukan Liga Perdana Inggeris itu mendiami apabila bertemu di Houston pada hari Khamis 20 Julai ini.

Berita Kelab

Man City anjur Piala Nexen

MAN CITY CUP: City anjur Piala Nexen

Manchester City telah menganjurkan Piala Nexen di San Diego yang berjaya menarik 6,000 pemain muda.

Manchester City bantu mencungkil bakat muda bola sepak di Amerika Syarikat.