quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Kelab

Video 1 Galeri Foto

Laporan Tahunan Manchester City 2017/18

MEMORABLE YEAR: City lift the 2017/18 Premier League trophy

MEMORABLE YEAR: City lift the 2017/18 Premier League trophy

Manchester City mengesahkan memecah paras £500 juta memasuki tahun keempat berturut-turut hasil pendapatan mengikut Laporan Tahunan 2017/18 yang diterbitkan.

- City mencatat rekod pendapatan kasar £500.5 juta, peningkatan 44% dalam masa lima tahun

- Keuntungan bersih dilaporkan pada £10.4 juta, tahun keuntungan kempat berturut-turut kelab

- Semua akhitiviti utama kelab diperincikan dalam laporan, termasuk lebih 25 rekod Liga Perdana Inggeris dipecahkan oleh pasukan utama

- Kelab juga menerbitkan ‘Data Sedekad’, laporan statistik menggariskan transformasi 10 tahun semenjak pelaburan awal Sheikh Mansour tahun 2008.

Manchester City FC hari ini mengeluarkan Laporan Tahunan untuk musim 2017/18, mengumumkan hasil pendapatan kasar lebih dari £500 juta buat pertama kali dalam sejarah City, dan tahun kesepuluh berturut-turut peningkatan kewangan. Kelab memasuki tahun keempat berturut-turut dalam keuntungan perniagaan, dengan mencatat keuntungan bersih £10 juta.

Ia merupakan tahun pemecah rekod buat Manchester City di padang perlawanan dengan prestasi pasukan utama melakar lebih dari 25 rekod baru termasuk jumlah gol terbanyak dan kemenangan terbanyak perlawanan, begitu juga menjadi pasukan utama pertama dalam sejarah bola sepak Liga Perdana Inggeris meraih 100 mata keseluruhan.

Dalam laporan tersebut, Pengerusi Khaldoon Al Mubarak turut mengambil peluang merefleksi pembangunan kelab semenjak tahun 2008 dengan memetik, “pembangunan-pembangunan paling menyerlah yang dapat dilihat pada hari ini adalah hasil dari strategi-strategi yang diatur dengan teliti – satu-satunya dalam evolusi organik yang dibenarkan untuk berkembang mekar.”

Beliau juga mengenengahkan prestasi kewangan positif Manchester City sepanjang musim lalu dengan pendapatan kasar mengatasi paras £500 juta buat kali pertama dan mengaut keuntungan melebihi £10 juta, dengan mengatakan, “Musim 2017/18 akan menjadi sejarah kerana prestasi bola sepak luar biasa yang telah disaksikan” dan menambah, “kami dipenuhi dengan perasaan luar biasa bangga dalam kerja keras Pep Guardiola, para pemain, dan para petugas yang tidak berhenti menyokong kelab.”

CEO Manchester City, Ferran Soriano turut mengatakan yang beliau “bangga dengan prestasi kelab dan piala-piala yang dimenangi, namun turut mengiktiraf proses yang membawa kepada pencapaian-pencapaian tersebut” dan memanggil musim tersebut sebagai “kempen musim hebat”. Beliau kemudian menambah, “Kami mengakui cabaran sukan adalah berterusan. Kejayaan konsisten di peringkat tempatan (England) dan kemajuan dalam Liga Juara-Juara Eropah akan menjadi fokus kami pada kempen 2018/19 dan musim-musim mendatang.”

Pengerusi menyimpulkan mesejnya, dengan mengatakan bahawa, “Sasaran kami jelas untuk membina dari kejayaan-jejayaan yang dicapai tahun lalu.” Dan mengatakan yang “Kami akan sentiasa berusaha lebih keras lagi. Perjalanan kami tidak lengkap dan kami masih ada banyak lagi sasaran untuk dicapai. Tiada rasa ragu yang kami tidak sabar menyahut cabaran-cabaran musim baru dan seterusnya dengan memberi komitmen yang sama dan kecekalan sama seperti sepuluh musim sebelumnya.”

Kelab juga turut menerbitkan “Data Sedekad” berikutan sepuluh tahun transformasi Manchester City dengan paparan statistik semenjak pengambil alihan kelab oleh Sheikh Mansour pada September 2008.

Kunjungi mancity.com/annualreport2018   untuk membaca laporan tahunan penuh (Bahasa Inggeris).

Kunjungi mancity.com/decadeindata   untuk mengakses data 10 tahun Manchester City (Bahasa Inggeris).

Berita Kelab

City memperkenalkan kit ketiga 2018/19

Galeri Foto

Galeri: Kit ketiga terbaharu City 18/19

Galeri Foto

Galeri kit laman lawan terbaharu City 2018/19