quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Kelab

Video 1 Galeri Foto

City memperkenalkan kit ketiga 2018/19

RIYAD MAHREZ dengan kit ketiga terbaharu 2018/19

RIYAD MAHREZ dengan kit ketiga terbaharu 2018/19

Manchester City sukacita memperkenalkan kit ketiga musim ini berinspirasikan masa lalu dan sekarang.

Nike Football hari ini melancarkan koleksi kit ketiga terbaharu Manchester City untuk kempen 2018/19 dalam kelab membina kejayaan yang dicapai musim lepas.

Beirkutan musim pemecah rekod yang telah menyaksikan City meraih 100 mata dalam satu musim, jersi ketiga terbaharu memperkenalkan semula identiti jaluran terkenal bola sepak yang boleh banyak dilihat dalam sejarah kit-kit City sebelum ini, dengan warna oren menyerlah di atas warna dasar biru gelap.

Dalam mendekati elemen-elemen lebih dekat DNA kelab juga ditenun di atas jersi ini. Corak jersi adalah dari inspirasi mewakili lokasi Manchester Timur (Eastlands) dengan Stadium Etihad tampil jelas di antara jaluran, sebagai simbol kebangaan mewakili kota Manchester di Eropah dan di seluruh dunia.

Nike telah memasukkan sokongan teknologi tinggi dalam rekabentuk jersi dan stokin untuk membenarkan prestasi para atlet pada tahap maksima.

WALK THIS WAY... Kyle Walker looks more than at home wearing City's new third strip

Jersi pula memaparkan bahan yang kalis lekat dimana ia dapat mengelak kit melekat ke badan, menjadikan para pemain ‘nyaman’ sepanjang perlawanan.

Manakala stokin pula memaparkan sistem cengkaman ‘Super Lock’ dengan lilitan mampat yang menjadikan betis disokong dan pelindung tulang betis turut kejap di dalam stokin.

STAR IN STRIPES: Kevin De Bruyne and City's new third kit make the perfect match

Tambahan pula, stokin-stokin ini 40 peratus lebih ringan apabila basah dan 9 peratus lebih ringan ketika kering menambah lagi prestasi pemain di padang perlawanan.

Dipadankan dengan seluar pendek berwarna jingga gelap, kit ketiga terbaharu yang begitu menyerlah ini akan dipakai semasa kempen kelab di kejuaraan Eropah musim ini.

ON THE BALL: Riyad Mahrez cuts a dash in City 2018/19 third strip

Tiga anak muda Cityzens telah diberi kejutan istimewa apabila mereka telah dipertemukan dengan para pemain City; Riyad Mahrez dan Fernandinho di bilik persalinan pakaian pasukan utama di Stadium Etihad. Mereka menjadi para peminat City pertama dapat menyaksikan kit terbaharu.

Kit ketiga Manchester City terbaharu musim 2018/19 kini boleh didapati di mancity.com/shop untuk di UK dan Eropah dan seasia.shop.mancity untuk Malaysia dan Asia Tenggara serta nike.com.

 

Galeri Foto

Galeri kit laman lawan terbaharu City 2018/19

Berita Kelab

Pelancaran kit laman lawan terbaharu City 2018/19

Berita Kelab

Etihad serlahkan Sukan Olimpik Istimewa Dunia

LANDMARK EVENT: Claudio Bravo, Leroy Sane and Aymeric Laporte wear the tour shirts

Logo syarikat penerbangan Etihad Airways di jersi kelab akan ditukar kepada logo Sukan Olimpik Istimewa Dunia Abu Dhabi untuk perlawanan International Champions Cup antara Manchester City dan Borussia Dortmund.