quote linkedin dugout

Berita Kelab

Video 1 Galeri Foto

City lancar kit laman sendiri 18/19

LOOKING SHARP: Leroy Sane models the 18/19 home kit

LOOKING SHARP: Leroy Sane models the 18/19 home kit

Manchester City telah melancarkan kit laman sendiri terbaharu untuk musim 2018/19.

Selepas menjulang piala Liga Perdana Inggeris awal minggu ini, Nike Football hari ini mendedahkan kit laman sendiri terbaharu 2018/19 yang para juara akan menyarungkan dalam mengekalkan kejuaraan musim hadapan.

Pra-tempah kit anda sekarang!

Kit ini akan mula dipakan buat pertama kali dalam perlawanan terakhir di tempat sendiri melawan Brighton di Stadium Etihad dalam musim banyak rekod dipecahkan pasukan.

Semasa pelancaran kit terbaharu ini, Nike Football bekerjasama dengan Yayasan Kelab, City in the Community (CITC), untuk memberi para perserta peluang bersama-sama dalam pelancaran.

Penyertaan CITC dari program pendidikan BTEC, projek bola sepak remaja KICKS dan para pemain kurang upaya dan pasukan Down Syndrome telah mengambil bahagaian dalam sesi penggambaran untuk mengenengahkan peranan komuniti tempatan yang telah dimainkan dalam kejayaan City musim ini.

Dilakar dari inspirasi detik-detik penting dalam sejarah kelab, jersi laman sendiri 2018/19 memaparkan warna latar biru dengan biru gelap disamari dengan jaluran di bahagian lengan dan bahu.

Bahagian leher pula memaparkan bentuk V dengan butang di bahagian kolar, sementara seluar pendek putih dan biru gelap setokin dengan lambang City berwarna biru menyempurnakan kit.

Kembali dengan setoking berwarna biru gelap mengembalikan zaman ketika City menjuarai liga buat pertama kali pada tahun 1937 dan musim penting 1998/99, dimana disifatkan oleh ramai titik kebangkitan sejarah moden kelab. Kit ini akan dipakai kedua-dua pasukan lelaki dan wanita City.

Berita Kelab

Leroy Sane, Pemain Muda Terbaik Tahunan PFA

Berita Kelab

Lawan City semasa sesi Jelajah USA Musim Panas

Berita Kelab

Tag diri anda dalam gambar 360 Cityzens vs Chelsea