quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Kelab

Video 1 Galeri Foto

Patrick Vieira tinggalkan NYCFC sertai Nice

Patrick Vieira leaving City Football Group

Patrick Vieira leaving City Football Group

Patrick Vieira selaku pengurus New York City FC meninggalkan kelab untuk menyertai OGC Nice.

Vieira pada mulanya telah menyertai City Football Group sebagai pemain Manchester City pada tahun 2010 dan sempat beraksi sebanyak 32 kali serta menyumbang 5 gol. Beliau turut merangkul Piala FA bersama-sama pasukan tahun 2011. Kemudiannya Patrick menjadi duta rasmi kelab. 

Image result for patrick vieira manchester city fa cup

Sementara berada di Manchester, beliau telah menjadi jurulatih utama kepada pasukan remaja City, ‘Elite Development Squad’ (EDS) dan kemudian memenuhi impiannya menjadi pengurus pasukan utama dengan menyertai NYCFC pada permulaan tahun 2016.

Image result for patrick vieira manchester city EDS

Sepanjang tempoh dua tahun setengah di New York beliau telah membawa pasukan dalam penampilan ‘playoff’ untuk dua tahun berturut-turut dan kini NYCFC menduduki tangga kedua carta Konferensi Timur (Eastern Conference) MLS (Major League Soccer), Amerika Syarikat.

Bercakap tentang pemergiannya meninggalkan kelab, Viera berkata: “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada City Football Group dan New York City FC atas peluang menjadi jurulatih kelab bola sepak hebat ini. Meninggalkan New York satu keputusan amat susah buat saya dan keluarga saya, dan ia tidak dilakukan dengan mudah.”

Image result for patrick vieira new york city

“Dari mula, City Football Group dan kepimpinannya, terutamanya pengerusi Khaldoon Al Mubarak, Brian Marwood, Ferran Soriano dan Marty Edelman telah memberi kepercayaan kepada saya dan membantu saya sepanjang lapan tahun karier saya bersama CFG – bermula sebagai pemain dan akhirnya diberi peluang mengurusi pasukan utama.”

Viera turut menyampaikan ucapan khas buat para peminat NYCFC yang telah menjadikan masanya di New York amat sukar dilupakan.

“Dengan berpeluang menjadi Ketua Jurulatih di New York merupakan satu impian yang ramai ingin mencapainya. Para peminat kami yang begitu bersemangat telah menjadikan ia salah satu pengalaman amat istimewa saya telah lalui dalam karier bola sepak. Terima kasih kepada setiap anda semua yang berdiri teguh di belakang pasukan.”

Image result for patrick vieira khaldoon

“Dari kakitangan hebat di pejabat, jabatan sukan luar biasa dipimpin oleh Claudio Reyna kepada barisan para pemain berbakat, New York City FC adalah satu kelab dengan masa depan yang cerah – Saya akan sentiasa menjadi salah seorang peminatnya dan ia kekal di hati saya selama-lamanya.”

Timbalan Pengerusi New York City FC, Marty Edelman turut bercakap tentang kemahiran kepimpinan Vieira dan transisinya ke dalam pengurusan pasukan utama.

Edelman berkata: “Khaldoon dan saya amat bertuah mengenali Patrick semenjak beliau menyertai City Football Group pada tahun 2010. Selepas menjadi salah seorang pemain paling berjaya di dunia, ia mengujakan melihat transisinya ke dalam dunia kejurulatihan.”

Image result for patrick vieira edelman

“Patrick merupakan teladan terbaik di NYCFC dan seorang pemimpun sebenar di atas dan luar padang. Kami tahu dengan beliau meninggalkan kelab ini ia satu keputusan sukar buatnya, tapi kami memahami keputusannya untuk kembali ke Eropah dimana beliau telah menghabiskan seluruh masanya sebagai pemain bola.”

“Patrick meninggalkan kami dalam keadaan bagus untuk meneruskan kempen kami yang memberangsangkan dan segala sasaran kami pada musim ini kekal sama. Kami mempunyai barisan pemain amat berbakat dan seimbang semenjak kelab ini ditubuhkan. Terdapat pendekatan strategi jangka masa panjang untuk membangunkan skuad ini dimana Patrick telah menyokong sepenuhnya.”

“Bagi pihak semua kami di CFG dan NYCFC, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Patrick atas kerja kerasnya dan komitmennya untuk kelab ini. Kami mengharapkan kejayaan di masa depannya dan tidak sabar untuk mengikuti karier kejurulatihannya.”

Image result for patrick vieira new york smile

Selain Vieira yang meninggalkan kelab dan menyertai OGC Nice turut mengirinya adalah Pembantu Jurulatih, Christian Lattanzio, Jurulatih Prestasi, Kristian Wilson dan Jurulatih Prestasi Fizikal, Matt Cook.

City Football Group dengan ikhlasnya mengucapkan rasa penuh penghargaan kepada keempat-empat jurulatih tersebut atas kerja keras mereka dan komitmen sepanjang bersama CFG, dan mengharapkan yang terbaik dalam karier kejurulatihan mereka di masa depan.

Galeri Foto

Fokus: Kit laman sendiri terbaharu City 18/19

Berita Kelab

City lancar kit laman sendiri 18/19

Berita Kelab

Leroy Sane, Pemain Muda Terbaik Tahunan PFA