quote linkedin dugout

Berita Kelab

Video 1 Galeri Foto

Daftar sekarang: Man City Esports Cup

Man City Esports Cup 2018

Man City Esports Cup 2018

Musim panas ini kami akan memperluaskan lagi kejuaraan FIFA 18 ke peringkat global.

Peminat City? Pemain EA Sports FIFA 18? Berminat memenangi kunjungan ke Manchester untuk bertanding di Stadium Etihad? Jika ia anda, kemudian anda ingin terlibat dengan pertandingan Man City Esports Cup.

Selepas tahun lalu, FIFA Cup 17 USA, tahun ini kami ke peringkat antarabangsa. Di mana sahaja anda berada di penjuru dunia, tunjukkan kemahiran ‘permainan video’ anda dengan mengujinya dalam pertandingan kelayakan Battlefy FIFA dari 28 Julai hingga 5 Ogos, dan anda boleh menyertai kami di Stadium Etihad pada 31 Ogos untuk pertandingan akhir global.

Seramai 16 peserta akhir akan dilayan dengan pengalaman sekali seumur dihidup, iaitu 3 hari lawatan ke Manchester semuanya dibayar oleh kami termasuk sesi jelajah Stadium Etihad, baju pertandingan khas, dan tiket untuk menonton perlawanan City lawan Newcastle pada 1 September 2018.

Tarikh-tarikh pertandingan kelayakan

Amerika Utara

Kelayakan 1: 28 Julai

Kelayakan 1: 29 Julai

Kelayakan 3: 4 Ogos

 

Amerika Selatan

Kelayakan 1: 28 Julai

Kelayakan 2: 29 Julai

Kelayakan 3: 5 Ogos

 

EU

Kelayakan 1: 28 Julai

Kelayakan 2: 29 Julai

Kelayakan 3: 5 Ogos

 

Wilayah-wilayah lain di dunia

Kelayakan 1: 28 Julai

Kelayakan 2: 29 Julai

Kelayakan 3: 4 Ogos

 

Untuk masuk, daftar di laman Battlefy kami sekarang: www.battlefy.com/mancity

Peraturan Permohonan:

- Permainan akan dimainkan do PS4 sahaja

- Para pemain mesti berumur 18 tahun atau ke atas untuk menyertai pertandingan ini

- Para pemaon mungkin diminta bila-bila masa mengirim bukti usia dan tempat tinggal kepada pegawai pertandingan

Berita Kelab

Patrick Vieira tinggalkan NYCFC sertai Nice

Galeri Foto

Fokus: Kit laman sendiri terbaharu City 18/19

Berita Kelab

City lancar kit laman sendiri 18/19