quote linkedin dugout

Berita Kelab

Video 1 Galeri Foto

Etihad serlahkan Sukan Olimpik Istimewa Dunia

LANDMARK EVENT: Claudio Bravo, Leroy Sane and Aymeric Laporte wear the tour shirts

LANDMARK EVENT: Claudio Bravo, Leroy Sane and Aymeric Laporte wear the tour shirts

Logo syarikat penerbangan Etihad Airways di jersi kelab akan ditukar kepada logo Sukan Olimpik Istimewa Dunia Abu Dhabi untuk perlawanan International Champions Cup antara Manchester City dan Borussia Dortmund.

Perlawanan akan berlangsung di Stadium Soldier Field, Chicago, Amerika Syarikat pada hari Jumaat, 20 Julai 2018.

Sukan Olimpik Istimewa Dunia akan diadakan di Abu Dhabi dari 14 hingga 21 Mac 2019.

Etihad Airways, syarikat penerbangan kebangsaan Emiriah Arab Bersatu, merupakan rakan penaja utama rasmi Manchester City semenjak 2009 dengan logonya serta merta dikenali sebahagian daripada kit kelab.

Namun pada 20 Julai ini, apabila City bermain lawan Borussia Dortmund di Chicago, jenama syarikat penerbangan akan diganti dengan logo Sukan Olimpik Istimewa Abu Dhabi 2019, menjelang temasya sukan dunia yang dihos oleh Abu Dhabi pada tahun 2019, dimana Etihad Airways adalah Rakan Penaja Rasmi Penerbangan.

Image result for special olympics world games abu dhabi 2019

Ia adalah sebahagian dari usaha Etihad Airways untuk meningkatkan kesedaran tentang Sukan Olimpik Istimewa Dunia, dimana ia akan menyaksikan lebih 7,000 atlet dari lebih 170 negara akan berkumpul di Abu Dhabi untuk acara dwitahunan itu.

Diadakan di wilayah Timur Tengah dan Afrika Utara buat pertama kali, Sukan Olimpik Istimewa Dunia kali ini djangka akan menarik sehingga 500,000 penonton yang akan menjadi acara dunia terbesar pernah dilangsungkan di ibu negara Emiriah Arab Bersatu.

Patrick Pierce, Naib Presiden Kerjasama Pemasanan, berkata: “Mempromosi Sukan Olimpik Istimewa Dunia di jersi Manchester City penterjemahan hebat nilai-nilai syarikat penerbangan kami. Seperti mana kembara, sukan memainkan peranan penting membawa komuniti global yang pelbagai bersama-bersama. Jadi ia satu penghormatan untuk menyertai kerjasama ini sebagai menghormati sejarah Sukan Olimpik Istimewa yang diasaskan di kota Chicago, sementara menarik perhatian kepada sukan yang diiktiraf paling membabitkan segenap lapisan insan pada tahun 2019.”

International Champions Cup edisi Amerika Syarikat 2018 merupakan kejohanan dunia pramusim yang menampilkan kelab-kelab bola sepak ternama dunia.

Selain menjadi sebahagian dari International Champions Cup, Sukan Olimpik Istimewa turut meraikan ulang tahun ke-50 di kota Chicago dimana segalanya bermula. Sukan Olimpik Istimewa Musim Panas pertama dilangsungkan di kota Amerika Syarikat tersebut bertempat di Soldier Field pada 20 Julai 1968.

Khalfan Mohamed Al Mazrouie, Pengarah Sukan Olimpik Istimewa Abu Dhabi 2019 berkata: “Kami berbesar hati untuk menyaksikan Man City FC bermain melawan Borussia Dortmund di Soldier Field, lokasi Sukan Istimewa Antarabangsa Musim Panas pertama, yang dilangsungkan lima puluh tahun lalu, dengan logo Sukan Istimewa Dunia Abu Dhabi.

“Sukan Olimpik istimewa adalah acara global selari dengan nilai-nilai dan visi-visi UAE, dan kami amat berbangga menjadi negara pertama di wilayah MENA (Middle East and North Africa) menjadi tuan rumah kepada temasya sukan ini tahun depan. Penglibatan dan integrasi mereka yang kurang upaya dari segi intelektual adalah keutamaan kepimpinan UAE dan disokong sepenuhnya oleh undang-undang dan sokongan komprehensif untuk mereka dan keluarga mereka. Sokongan oleh rakan-rakan penaja seperti Etihad amat berharga dalam memastikan kami berupaya menyebarkan mesej Sukan Olimpik Istimewa lebih jauh dan meluas, dan kami secara jujur menghargai sokongan mereka.”

Damian Willoughby, Naib Presiden Senior Kerjasama Rakan Penaja di City Football Group berkata: “Dengan Sukan Olimpik Istimewa Dunia akan diadakan di Abu Dhabi tahun depan, kami berbangga menjadi sebahagian dari acara penting untuk arena sukan di Timur Tengah. Hubungan mendalam dan sekian lama dengan Etihad Airways telah membawa pada banyak projek hebat semenjak beberapa tahun ini, dalam kami menjadikan bola sepak dan sukan dapat diaksesdan dilibatkan secara lebih meluas untuk semua komuniti di seluruh dunia.”

Berita Kelab

Man City jalin kerjasama dengan Xylem

Xylem has become the Club's official Water Technology Partner

Juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City hari ini mengumumkan kerjasama beberapa tahun secara global dengan Xylem menjadi Rakan Penaja Rasmi Teknologi Air.

Berita Kelab

Man City meterai kerjasama global dengan AvaTrade

Berita Kelab

Patrick Vieira tinggalkan NYCFC sertai Nice