quote linkedin dugout

Berita Kelab

Video 1 Galeri Foto

Man City jalin kerjasama dengan Xylem

Xylem has become the Club's official Water Technology Partner

Xylem has become the Club's official Water Technology Partner

Juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City hari ini mengumumkan kerjasama beberapa tahun secara global dengan Xylem menjadi Rakan Penaja Rasmi Teknologi Air.

Kerjasama ini diumumkan hari ini dalam satu acara di Singapura yang telah dihadiri oleh legenda kelab, Joleon Lescott, semasa Minggu Air Antarabangsa Singapura – platform utama sedunia untuk para pakar inovatif penyelesaian air.

Xylem akan turut menjadi penaja kepada kelab-kelab naugan CFG; New York City FC dan Manchester City Women.

Melalui kerjasama ini, Xylem menyasarkan untuk mempertingkatkan kesederan tentang tekanan cabaran-cabaran dan penyelesaian air sedunia.

Xylem akan bekerjasama dengan Manchester City dalam projek-projek Xylem Watermark, seperti membinan menara-menara air untuk komuniti-komuniti di seluruh dunia yang tidak dapat mengakses air besih. Xylem Watermark merupakan platform pelaburan sosial syarikat.

Di seluruh dunia, 2.1 bilion kekurangan air minuman bersih di rumah mereka yang membawa masalah serius dalam pembangunan komuniti. Setiap tahun, 443 juta anak-anak gagal hadir ke sekolah di seluruh dunia berikutan penyakit berkaitan air, wanita dan kanak-kanan menghabiskan lebih 200 juta jam memungut air setiap hari, memaksa masayang terhad kepada usaha-usaha lebih produktif.

Jenama Xylem akan terpapar di Stadium Etihad semasa hari-hari perlawanan dan juga Stadium Akademi, CFA.

Damian Willoughby, Naib Presiden Seniir untuk Kerjasama Penaja di City Football Group, berkata: “Kami berbesar hati mengumumkan kerjasama ini dengan Xylem.

“Manchester City dan Xylem berkongsi komitmen sama dalam operasi dengan cara kelestarian dan inovatif, sementara membangunkan kehidupan ahli-ahli komuniti di seluruh dunia. Kami teruja dengan menggunakan perkembangan minat bola sepak di seluruh dunia dengan meningkatkan kesedaran cabaran-cabaran air dan menyokong usaha-usaha Xylem menangani isu-isu ini.”

Patrick Decker, Presiden dan CEO Xylem, berkata: “Kami gembira berkerjasama dengan Manchester City dan teruja untuk melibatkan para peminat hebat mereka di seluruh dunia.

“Dari pertemuan pertama kami, ia jelas yang nilai-nilai murni City selari dengan Xylem. Tujuan kami sebagai sebuah syarikat ialah mencipta nilai ekonomi dan sosial. Kami lakukannya setiap hari dengan membawa penyelesaian ke pasaran keperluan penyelesaian air dan cabaran-cabaran yang dihadapi melalui program Xylem Watermark kami.

“Bekerjasama dengan sebuah kelab bola sepak yang komited membawa aspek-aspek positif perubahan sosial melalui sukan bola adalah satu kesepadanan semulajadi. Bekerja dengan Manchester City, kami akan memperluaskan pengaruh kami kepada komuniti para peminat mereka yang besar, dan dengan melakukannya ia dapat mempertingkatkan keupayaan kami untuk mencipta nilai sosial.”

Berita Kelab

Man City meterai kerjasama global dengan AvaTrade

Berita Kelab

Patrick Vieira tinggalkan NYCFC sertai Nice

Galeri Foto

Fokus: Kit laman sendiri terbaharu City 18/19