quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Kelab

Video 1 Galeri Foto

Pelancaran kit laman lawan terbaharu City 2018/19

LOOKING SHARP: Kevin De Bruyne models City's new 2018/19 away kit

LOOKING SHARP: Kevin De Bruyne models City's new 2018/19 away kit

Manchester City melancarkan kit laman lawan terbaharu 2018/19!

Dalam juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City melakukan persiapan kedatangan musim baru dan mempertahankan kejuaraan mereka, Nike Football hari ini melancarkan kit laman lawan terbaharu 2018/19.

Direka berinspirasikan detik-detik utama dalam sejarah kelab, kit laman lawan 2018/19 memaparkan jersi biru gelap dengan belang biru muda dan kuning terang di bahagian hadapan dan belakang, bersama-sama seluar pendek biru gelap.

Dengan stokin kuning menyerlah dengan lilitan biru gelap menyempurnakan kit yang kelihatan moden untuk sang juara Liga Perdana Inggeris.

Rekabentuk kreatif dari jersi laman lawan 1998/99 yang dipakai oleh City semasa mengalahkan Gillingham dalam perlawanan penentuan (play-off) akhir Divisyen Kedua di Wembley membawa City dipromosi serta merta kembali ke Divisyen Satu.

Related image

Selepas ditinggalkan 2-0 di masa penuh, City menjaringkan dua gol penyamaan di masa kecederaan yang kemudian memenangi perlawanan melalui sepakan penalti penentuan. Perlawanan tersebut dilihat sebagai permulaan kebangkitan semula kelab di era moden.

NAME GAME: City's new 2018/19 away carries echoes of the club's famous away shirt from the 1998/99 campaign

Bersama-sama dengan para pemain City, kit turut dilancarkan dengan empat penyertaan dari program ‘City in the Community’ di New York – Taher, Eddie, Bonfilio dan Shaeline.

Kesemua empat peserta dalam program asal ‘City in the Community’ di New York yang telah bermula pada tahun 2010 ketika Manchester City  menjadikan atap Lexington Academy sebagai padang latihan, dimana mereka mengahdiri sekolah tersebut. Dari detik tersebut, ,mereka telah diinspirasikan untuk bermain bola sepak dan masih menjadi ahli program-program komuniti di New York.

Kit terbaharu ini akan dipakai buat pertama kali semasa sesi jelajah pramusim kelab di Amerika Syarikat – pasukan wanita akan memakainya semasa menentang Lyon di Miami pada 26 Julai, manakala pasukan lelaki semasa melawan Liverpool di New York pada 25 Julai.

Berita Kelab

Etihad serlahkan Sukan Olimpik Istimewa Dunia

LANDMARK EVENT: Claudio Bravo, Leroy Sane and Aymeric Laporte wear the tour shirts

Logo syarikat penerbangan Etihad Airways di jersi kelab akan ditukar kepada logo Sukan Olimpik Istimewa Dunia Abu Dhabi untuk perlawanan International Champions Cup antara Manchester City dan Borussia Dortmund.

Berita Kelab

Man City jalin kerjasama dengan Xylem

Xylem has become the Club's official Water Technology Partner

Juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City hari ini mengumumkan kerjasama beberapa tahun secara global dengan Xylem menjadi Rakan Penaja Rasmi Teknologi Air.

Berita Kelab

Man City meterai kerjasama global dengan AvaTrade