quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Kelab

Video 1 Galeri Foto

Leroy Sane, Pemain Muda Terbaik Tahunan PFA

PRIZE GUY: Leroy Sane with his PFA award

PRIZE GUY: Leroy Sane with his PFA award

Pemain sayap Manchester City, Leroy Sane memenangi anugerah Pemain Muda Terbaik PFA bagi musim 2017/18.

Pemain berusia 22 tahun asal Jerman itu menewaskan rakan sepasukan Ederson Moraes dan Raheem Sterling, bersama calon-calon lain; Harry Kane (Tottenham), Ryan Sessegnon (Fulham) dan Marcus Rashford (United) berdasarkan undian terbanyak dari para pemain profesional lain.

Sterling mendapat tempat ketiga dari jumlah undian. Ini merupakan kali kedua pemain City menerima anugerah sama selepas kali terakhir diraih oleh Peter Barnes pada musim 1975/96, dan Sane merupakan pemain Jerman pertama menerimanya.

“Saya amat gembira memenangi anugerah Pemain Muda Terbaik PFA.

Image result for leroy sane 2018 celbrate

“Bukan sahaja anugerah ini istimewa kerana ia diundi oleh rakan-rakan pemain bola lain, tapi ia hadir dalam musim dengan ramai calon-calon hebat lain.

“Raheem dan Ederson merupakan sebahagian dari yang menjadikan musim ini amat istimewa buat Manchester City, sementara Harry Kane, Rashford dan Ryan juga hebat untuk kelab-kekab mereka.

“Ia satu penghargaan diiktiraf dengan cata ini selepas melalui musim cemerlang untuk sesiapa sahaja terlibat di Manchester City.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengurus, para pegawai dan para pemain di City, dan terutama para peminat yang telah menyokong saya semenjak saya tiba di Manchester. Saya amat terharu menerima anugerah ini.”

Related image

Sane telah tampil cemerlang sepanjang musim ini dengan menjaringkan 9 gol dan membantu 12 jaringan dalam 28 perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Semasa perkiraan terakhir bulan Mac, Sane mencatat rekod sebagai pemain terlaju dalam Liga Perdana dengan memecah rekod 22.05 batu sejam.

Prestasi mantapnya telah mendapat perhatian dalam musim gemilang City,  membantu pasukan menjuarai  awal liga dengan baki lima perlawanan.

Sane menyertai City dari Schalke pada musim panas 2016 dan mengambil masa beberapa bulan sebelum dapat serasi dengan bola sepak England.

Related image

Kariernya mula menyerlah sebelum Krismas apabila menghasilkan sembilan gol di kesemua kejohanan pada akhir musim.

Perkembangannya yang pantas beterusan apabila PFA mengiktiraf kebolehannya. Bintang masa hadapan Blue.

Pencalonan untuk anugerah Pemain Muda Terbaik perlu berusia 23 tahun atau lebih muda pada awal musim.

Image result for leroy sane celebration 2018

Sementara itu, dua pemain City lagi, Keira Walsh menduduki tempat kedua untuk anugerah Pemain Muda Terbaik Wanita, manakala Ellie Roebuck di tempat ketiga dengan Lauren Hemp dari Bristol City memenanginya.

Untuk anugerah Pemain Terbaik, Kevin De Bruyne mendapat undian kedua terbanyak apabia Mohamed Salah meraih anugerah sebagai pemain Mesir pertama menerima anugerah berprestij bola sepak England.

Keputusan penuh anugerah PFA 2018

Pemain Terbaik - Mohamed Salah (Liverpool)

Pemain Muda Terbaik - Leroy Sane (Manchester City)

Pemain Wanita Terbaik - Fran Kirby (Chelsea)

Pemain Muda Wanita Terbaik - Lauren Hemp (Bristol City)

Pemenang Merit (Khas) - Mendiang Cyrille Regis

Pencapaian Istimewa - Casey Stoney

 

 

Berita Kelab

Lawan City semasa sesi Jelajah USA Musim Panas

Berita Kelab

Tag diri anda dalam gambar 360 Cityzens vs Chelsea

Berita Kelab

City akan muncul dalam dokumentari Amazon terbaru

IN FOCUS: A new documentary series will follow Manchester City during the 2017/18 season.

Manchester City akan menjadi tumpuan utama dalam siri Amazon Prime Video yang terbaru yang memberi peluang kepada penonton untuk melihat di sebalik tabir musim 2017/18.

Rancangan itu dijadualkan untuk tontonan umum pada tahun 2018