quote linkedin dugout

Berita Kelab

Video 1 Galeri Foto

Pelancaran kit ketiga Man City 2017/18

Danilo, Kyle Walker dan John Stones tampil dengan kit ketiga terbaharu Manchester City ‘Dazzle Camo’.

Manchester City memulakan musim 2017/18 dengan banyak sebab yang mengujakan. Skuad diperkasakan dengan para pemain baru termasuk Kyle Walker, Danilo dan John Stone, empat piala untuk direbut dan para peminat yang penuh bersemangat berdiri teguh di belakang pasukan.

Tidak mengejutkan, pasukan juga pada prestasi terbaik mereka untuk memulakan cabaran Liga Juara-Juara Eropah kali ini.

Kit ketiga kelab yang akan dipakai semasa perlawanan di kejohanan elit Eropah berwarna hijau gelap pelengkap kepada warna biru City. Perincian ini bukan sahaja membawa warna menyerlah pada jersi, setokin (dengan nama kelab ‘CITY’ tertera di bahagian bahu jersi) dan juga seluar pendek, tapi juga mencipta kaitan jelas dengan identiti kebanggaan Manchester City iaitu dengan jaluran biru langit yang sinonim dengan kelab sejak penubuhannya pada tahun 1894.

UP FRONT: A camo design for the 2017/18 season.

Mempamerkan perkongsian matlamat Nike dan Manchester City ke arah bola sepak cemerlang, Nike Aerosift, teknologi pemakaian termaju Nike digunapakai untuk kesemua kit kelab.

Proses rekaan AeroSwift mencipta produk yang ringan dan memenuhi prestasi pada peringkat tertinggi. Hasilnya, kit ini 10% lebih ringan dan 25% lebih cepat kering berbanding kit-kit Nike sebelum ini, dengan 50% lebih regangan.

DETAIL: The 2017/18 third kit up close.

Setiap bahagian kit ini ditambah baiki untuk para atlet beraksi pada kelajuan maksima dengan zon tenunan geometri yang menambah kepadanan dan keselesaan, jaluran pengudaraan yang berkembang untuk menonjolkan warna biru elektrik apabila para pemain bergerak, dan setokin dengan teknologi NikeGRIP yang menyediakan perhubungan kaki ke kasut but yang maksima.

KOMITMEN UNTUK KELESTARIAN

Nike mengadaptasi inovasi kelestarian untuk kit-kit bola sepak mereka melalui penggunaan poliester kitar semula dengan menyampaikan prestasi tanpa saingan dan impak alam sekitar lebih rendah.

PERFORMANCE: Enhanced for elite athletes.

Jersi kit dan seluar pendek dibuat dengan fabrik poliester kitar semula yang dihasilkan dari botol-botol plastik kitar semula yang dicairkan untuk menghasilkan benang tenunan halus.

Setiap kit dibuat menggunakan sekitar 16 botol plastik kitar semula. Semenjak tahun 2010, Nike telah mengitar lebih tiga biliom botol-botol plastik dari tempat pembuangan menjadi poliester, cukup memenuhi 5,200 padang bola sepak.

SKY BLUE: The Club's famous colour is prominent.

DAPATKAN SEKARANG!

Kit ketiga ini sedia dijual mula 12 September dari mancity/shop.com, nike.com dan City Store Stadium Ettihad.

Galeri Foto

Galeri lawatan Diraja Prince Harry ke Man City

Galeri Foto

Galeri lawatan Diraja Prince Harry ke Man City

Berita Kelab

Prince Harry kunjungi Manchester City

Putera Harry telah mengunjungi Manchester City hari Isnin untuk menyaksikan hasil usaha City dalam Komuniti (City in the Community) bersama Yayasan Diraja (The Royal Foundation).