quote linkedin dugout

Berita Kelab

Video 1 Galeri Foto

Prince Harry kunjungi Manchester City

Putera Harry telah mengunjungi Manchester City hari Isnin untuk menyaksikan hasil usaha City dalam Komuniti (City in the Community) bersama Yayasan Diraja (The Royal Foundation).

City in the Community telah bekerjasama dengan The Royal Foundation dan menerajui konsortium untuk skim Kejurulatihan Asas (Coach Core) – The Royal Foundation di Manchester.

Ditubuhkan untuk mencipta peluang kerja dan menyediakan latihan untuk kejurulatihan sukan, ‘Coach Core’  turut menyasarkan untuk meningkatkan keyakinan para perintis yang terlibat.

 HRH Prince Harry meets Manchester City’s Coach Core apprentices

 

Skim ini yang dibentuk oleh konsortium terdiri dari lapan organisasi termasuk City in the Community, Manchester United Foundation, Lancashire County Cricket Club, Sale Sharks, Eastlands Trust, MMU, Sports Group LTD dan Diane Modahl kini mempunyai lima belas orang perintis di Manchester.

Dari 15 perintis tersebut, 5 darinya bersama City in the Community yang bekerjasama dengan Yayasan Diraja untuk membangunkan segala kemahiran mereka dalam aktiviti-aktiviti berbentuk praktikal.

Buat Putera Harry ia merupakan kunjungan pertama kali di Akademi Bola Sepak City (City Football Academy) yang telah dialu-alukan oleh Duta City in the Community, Alex Williams MBE, Pengurus Senior Operasi City in the Community, Marc Cahill dan Ketua Pegawai Komunikasi City Football Grou, Vicky Kloss.

Putera Harry telah menghabiskan masa sepanjang petang bersama wakil-wakil dari consortium Coach Core untuk membincangkan perkembangan skim tersebut di Manchester, begitu juga mengenalpasti faedah-faedah untuk para perintis dan komuniti setempat.

Kemudiannya, beliau telah menyaksikan pasukan City Bawah-12, Bawah-13 dan Bawah-14, begitu juga kanak-kanak sekolah dari seluruh Manchester menjalani siri latihan intensif bola sepak, kemahiran pelbagai dan juga ragbi, yang kesemuanya terkandung dalam skim Coach Core.

Berita Kelab

Eksklusif Cityzens: Tonton Girona vs City online

Untuk meraikan pelancaran semula keahlian Cityzens yang kini boleh disertai secara percuma, kami akan bawakan siaran langsung perlawananan persahabatan Manchester City menentang Girona FC.

Pep Guardiola akan membimbing pasukannya menghadapi pasukan yang baru dipromosi ke La Liga musim ini dalam perlawanan persahabatan sempena kem latihan di wilayan Catalonia Sepanyol tersebut pada hari Selasa 15 Ogos.

Berita Kelab

Sertai Cityzens secara percuma kini!

Cityzens merupakan keluarga para peminat City. Dengan menjadi ahli Cityzen anda menjadi sebahagian dari kelab dan kesetiaan anda diberi ganjaran.

Keahlian Cityzens kini secara percuma dengan kelebihan-kelebihan sama untuk para peminat Manchester City di seluruh dunia.

Berita Kelab

Kembara penyokong bersama Thomas Cook Sport

Thomas Cook Sport merupakan Rakan Penaja Rasmi Baru untuk Penyedia Kembara Penyokong.

Kelab telah bersetuju dengan perjanjian tiga tahun yang akan menyaksikan peneraju operator kembara sukan menyedia pakej hotel dan tiket untuk para peminat City.