quote linkedin dugout

Berita Kelab

Video 1 Galeri Foto

Laporan Tahunan Manchester City 2016-17

Front stadium

Front stadium

Manchester City FC mengumumkan tahun ketiga berturut-turut keuntungan kelab dan tahun kesembilan berturutan peningkatan prestasi kewangan dalam Laporan Tahunan 2016-17.

Kelab telah melaporkan penghasilan pendapatan kasar sebanyak £473.4 juta, iaitu peningkatan 21%  dari tahun sebelumnya dan mencecah ia angka melebihi £400 juta buat pertama kali dalam sejarah kelab.

No automatic alt text available.

Keuntungan sebanyak £1.08 juta telah dihasilkan meskipun kelab melaporkan untuk tempoh 13 bulan laporan kewangan yang memberi kesan kepada purata keuntungan keseluruhan. Laporan tambahan satu bulan adalah berikutan perpindahan tempoh siri laporan kelab ke 1 Julai hingga laporan tahunan berakhir pada 30 Jun selari dengan laporan kewangan tahunan Manchester City dan meningkatnya jumlah laporan entiti-entiti di bawah naungan City Football Group.

City Square

Menyentuh penerbitan laporan tahunan kali ini, Pengerusi MCFC Khaldoon Al Mubarak berkata: “Laporan ini adalah tentang menjadikan para peminat kami dan rakan-rakan penaja kami dapat melihat status terperinci yang sebenar dari setiap aspek kelab ini. Apa yang diharapkan hasil dari organisasi bola sepak dan perniagaan luaran mempunyai simetri yang tepat dan seimbang untuk membenarkan kami terus kukuh dan berkembang.”

Dalam laporan tersebut juga, Pengerus Khaldoon Al Mubarak menyasarkan peningkatan pendapatan “menuju angka £500 juta” dan menegaskan posisi jangka masa panjang kelab yang ‘kejayaan berkaitan bola dan kestabilan kewangan perlu wujud selari antara satu sama lain’.

Meskipun pasukan utama lelaki mengakhiri musim 2016-17 tanpa sebarang piala dan kekecewaan kerananya, namun Pengerusi menyifatkan yang ia “satu musim meyakinkan dan beberapa penonjolan sebenar” dan hakikat yang “sasaran pelaburan pada musim panas 2016 dalam pembelian para pemain muda berbakat, digabungkan dengan keupayaan skuad sedia ada telah membawa kepada permulaan musim yang mengagumkan dan penghasilan permainan yang sukar dilupakan.”

Related image

Sentimen sama turut dikongsi oleh Pengarah Pegawai Eksekutif Ferran Soriano yang mengisyaratkan tentang hakikat sementara City menamatkan musim lalu dengan tangan kosong adalah tidak memuaskan, namun pasukan telah menunjukkan satu tempoh sepanjang musim ‘jenis permainan cantik bola sepak sebagaimana yang kami ingin bermain’. Beliau kemudian mengatakan, “Kami komited untuk bermain bola sepak cantik dan menang. Kedua-dua elemen ini secocok dan yang kedua adalah berikutan dari yang pertama.”

Tentang pembangunan para pemain muda, Pengerusi Al Mubarak meraikan sembilan piala yang dirangkul oleh pasukan-pasukan muda Akademi City dan dua pemain Akademi tampil kali pertama beraksi menembusi pasukan utama semasa musim lalu dengan mengatakan, “Pembangunan berterusan Phil Foden dan Brahim Diaz terutamanya terus digalakkan dan komitmen kami untuk mengasuh bakat-bakat muda kami kekal menjadi tunjang untuk kestabilan jangka masa panjang kelab”.

Image result for phil foden brahim diaz 2017/18

Laporan turut mengetengahkan pencapaian luar biasa pasukan wanita Manchester City dengan menjuarai tiga kejohanan serentak dimana Khaldoon Al Mubarak menyifatkan ia sebagai “pencapaian mengagumkan” yang telah menjadikan pasukan tersebut sebagai satu “pasukan pencabar utama”.

Melihat ke musim 2017-18, Pengerusi mengatakan City “memasuki musim ini dengan penuh cita-cita dan jangkaan”, satu pendekatan yang turut dikongsi CEO Ferran Soriano yang mengatakan yang beliau “yakin kami akan melihat perkembangan seterusnya dan piala-piala yang akan dirangkul untuk musim-musim mendatang”.

Related image

Pengerus merumus mesejnya dengan mengisyaratkan kepada hakikat yang musim 2017-18 menjadikan ia genap satu dekad di bawah naungan Yang Mulia Sheikh Mansour dengan menyifatkan ia “dalam konteks lebih dari 120 tahun sejarah kelab, ia merupakan satu tempoh yang pendek tapi ia satu pertumbuhan yang jelas dimana begitu banyak telah dipelajari dan diraih dalam perjalan yang masih lagi jauh untuk dituju.”

Sila kunjungi mancity.com/annualreport2017  untuk membaca laporan tahunan penuh.

Galeri Foto

Peminat bertuah sertai pelancaran kit ketiga

Galeri Foto

Danilo, Stones & Walker debut kit ketiga terbaharu

Berita Kelab

Pelancaran kit ketiga Man City 2017/18

Danilo, Kyle Walker dan John Stones tampil dengan kit ketiga terbaharu Manchester City ‘Dazzle Camo’.

Kit ketiga terbaharu Manchester City akan dipakai semasa perlawanan Liga Juara-Juara Eropah..