quote linkedin dugout

Berita Kelab

Video 1 Galeri Foto

Pelancaran kit laman sendiri Man City 2017/18

Salah satu jersi paling digemari Manchester City menjadi inspirasi dalam rekaan kit laman sendiri terbaharu musim 2017/8.

Pemasukan ciri-ciri untuk kit terbaharu ini termasuk leher bulat dengan jaluran putih, seluar putih dan setokin dengan lilitan warna merah tua, sebagaimana kit 50 tahun lalu ketika City di bawah kendalian Joe Mercer dimahkotakan sebagai juara England musim 1967/68.

Menghidupkan kembali memori tersebut di mana para legenda kelab seperti Colin Bell, Francis Lee dan Mike Summerbee telah memakainya begitu terserlah. Kit Nike Vapor ini diberi sentuhan moden dengan teknologi inovatif Aeroswift.

Pasukan bimbingan Pep Guardiola akan mendapat manfaat dari sentuhan ini yang akan menambah prestasi permainan mereka dengan jersi dan seluar yang membantu pegerakan mereka dengan memaksimakan pengudaraan dan setokin yang memaparkan teknologi Nike Grip untuk memperbaiki lagi hubungan antara kaki dan kasut but pemain.

Bahagain hadapan jersi terus memaparkan Rakan Penaja Utama Kelab, Etihad Airways, namun buat pertama kali, nama Rakan Penaja, Nexen Tire terpapar di bahagian lengan kiri jersi untuk semua perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Leroy Sane mengharapkan bintang-bintang City yang ada sekarang akan dapat mengulangi kehebatan dan kejayaan bintang-bintang City terdahulu semasa musim 1967/68 dan mengembalikan semula kenangan indah untuk para peminat ketika memakai kit terbaharu ini.

“Saya sukakan musim pertama saya bersama City,” akui pemain sayap Jerman tersebut.

Image may contain: 1 person, standing

“Kami bekerja keras dan bermain laju dengan bola sepak menyerang dan mengujakan, dan kami tidak sabar untuk mencipta detik-detik kemenangan untuk para peminat kami.”

Image may contain: 1 person, smiling

Sebagai menghargai kejayaan pasukan Manchester City Women merangkul Piala FA Wanita musim ini, mereka akan merasmikan kit terbaharu City dengan menyarungkan semasa perlawanan menentang Sunderland dalam Siri Musim Bungan FA WSL malam nanti.

Selepas menjulang tiga piala sepanjang kempen sebelumnya, kapten pasukan wanita City, Steph Houghton mengintai untuk meraih satu lagi musim kejayaan dengan kit terbaharu kali ini.

“Kami akan terus membangunkan projek mengujakan di sini di Manchester City dan ingin terus mencipta kejayaan, digabungkan dengan para pemain muda berbakat dengan para pemain lebih berpengalaman.”, ujar Steph.

Kit laman sendiri Manchester City musim 2017/18 mulai dijual secara online di mancity.com/shop dan di City Store, Stadium Etihad.

Berita Kelab

City dan United derma untuk Tabung Kecemasan

Kelab bola sepak Manchester United dan Manchester City hari ini bersama-sama menyalurkan derma sebanyak £1 juta kepada Tabung Kecemasan Kami Cintakan Manchester.

City dan United derma untuk Tabung Kecemasan

Berita Kelab

Rasmi: Kenyataan Kelab

Ingatan dan doa dari pemilik kelab, Majlis Tertinggi dan sesiapa sahaja di Manchester City bersama penduduk Manchester dan mereka yang terlibat berikutan trajedi mengejutkan dalam serangan di Manchester Arena semalam.