quote linkedin dugout

Berita Kelab

Video 1 Galeri Foto

City dan United derma untuk Tabung Kecemasan

Kelab bola sepak Manchester United dan Manchester City hari ini bersama-sama menyalurkan derma sebanyak £1 juta kepada Tabung Kecemasan Kami Cintakan Manchester.

Kedua-dua kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris berganding bahu memberi sokongan atas usaha mengutip derma oleh bandaraya Manchester.

Rayuan £1 juta kepada ‘We Love Manchester Emergencey Fund’ yang dilakukan berikutan serangan pengganas pada hari Isnin.

Kedua-dua pasukan bola sepak Merah dan Biru Manchester berganding bahu bersama-sama yang menjadikan Manchester kediaman mereka sejak lebih 120 tahun lalu, dimana merasa begitu terkesan dengan kejadian dasyat yang menimpa pada hari Isnin lalu.

Image result for A City united

Di bawah banteng #ACityUnited, kedua-dua kelab akan terus meneroka segala peluang untuk menyokong bandar Manchester dalam tempoh ujian ini.

Datuk Bandar Manchester menyokong penuh usaha Tabung Kecemasan, dengan kerjasama Palang Merah Britain berikutan serangan mengejutkan di Manchester Arena dan ia adalah bertujuan membantu keluarga dan sanak-saudara 22 mangsa terkorban dan 64 lain yang cedera yang kebanyakan masih menerima rawatan kritikal.

Image result for etihad stadium half flag

Tabung Kecemasan ini telah mencecah lebih £2 juta sejak dilancarkan 24 jam lalu dengan gabungan kempen tabung oleh Manchester Evening News #westandtogether yang telah mencapai kutipan £1 juta dari para penderma Manchester yang bermurah hati dan rakan-rakan dari seluruh UK dan dunia.

Kedua-dua kelab bola sepak dengan tambahan derma £1 juta menjadikan jumlah keseluruhan yang terkumpul sebanyak £3 juta.

Manchester United FC telah memakai bandana lengan berwarna hitam semasa kemenangan mereka dalam perlawanan akhir Liga Europa di Stokcholm malam Khamis sebagai menghormati mangsa-mangsa terkorban dalam trajedi.

Sementara Manchester City Women akan melakukan perkara sama semasa perlawanan menentang Chelsea Ladies FC dalam Siri Musim Bunga di Stadium Akademi malam Jumaat.

Bercakap tentang kolaborasi kedua-dua kelab, Pengerusi Manchester City, Khaldoon Al Mubarak berkata:

“Kami semua begitu tersentuh dengan kekuatan dan solidarity yang ditunjukkan oleh penduduk Manchester dalam beberapa hari ini sejak serangan. Harapan kedua-dua kelab agar sumbangan kami akan dapat membantu mereka yang yang menghadapi cabaran yang terkesan secara langsung, dan aksi bersama menunjukkan simbol kesatuan kepada dunia akan kekuatan yang tidak berbelah atas semangat Manchester.”

Image result for vigil manchester

Menyetujui kata-kata tersebut, Pengerusi Manchester United, Ed Woddward turut menambah:

“Serangan tanpa belas kasihan malam Isnin lalu mengejutkan setiap orang. Kelab-kelab kami dekat dengan hati masyarakat setempat di Manchester dan reaksi kesatuan dan kebersamaan jelas ditunjukkan berikutan trajedi tersebut.

“Wang ini akan membantu namun usaha kedua-dua kelab dan skim masyarakat dan asas yang dibina atas semangat hebat telah ditunjukkan oleh para penduduk Manchester sebaik sahaja selepas kejadian berlaku.”

Untuk sesiapa yang ingin menderma kepada tabung, sila:

Kunjungi www.redcross.org.uk/manchester

Kunjungi www.justgiving.com/campaigns/charity/redcross/Manchester

Hubungi 0300 456 4999

Kunjungi kedai Palang Merah Britain (British Red Cross)

Berita Kelab

Rasmi: Kenyataan Kelab

Ingatan dan doa dari pemilik kelab, Majlis Tertinggi dan sesiapa sahaja di Manchester City bersama penduduk Manchester dan mereka yang terlibat berikutan trajedi mengejutkan dalam serangan di Manchester Arena semalam.

Berita Kelab

390 ribu peminat City undi Cityzens Giving 2017

Berita Kelab

390 ribu peminat City undi Cityzens Giving 2017