quote linkedin dugout

Berita Kelab

Video 1 Galeri Foto

Kerjasama baharu dengan Rakan Pertaruhan di Asia

Kai-Fa yule K8.com telah mengumumkan sebagai Rakan Penaja Rasmi Pertaruhan Manchester City di Asia.

Syarikat pertaruhan dalam talian itu menyertai kelab dalam kerjasama beberapa tahun yang akan bermula pada musim 2017/18.

Beribu pejabat di Manila, Filipina, K8.com adalah merupakan salah satu jenama peneraju permainan dalam talian dan menawarkan 15 juta pengguna kandungan secara langsung yang tiada tandingannya di seluruh platform mereka, terutama penawaran sukan.

Bermula musim hadapan, jenama K8.com akan dipaparkan di paparan digital Stadium Etihad untuk perlawanan-perlawanan Manchester City. Para pengguna platform K8.com juga dapat mengakses untuk memenangi pengalaman istimewa ‘yang tidak dapat dibeli dengan wang’ melibatkan skuad Manchester City dan perjalanan untuk menyaksikan mereka beraksi.

Kerjasama ini telah dilancarkan hari ini dalam acara di Manila dan telah dihadiri oleh perwakilan senior oleh kedua-dua pihak Manchester City dan K8.com.

Damian Willoughby, Naib Presiden Senior Kerjasama City Football Group berkata: “Kami gembira mengalu-alukan K8.com menjadi sebahagian keluarga Manchester City. Mereka berkongsi komitmen kami untuk mencipta dan menyediakan pengalaman sebaik mungkin buat para pemain dan pengguna.

“City mempunyai para pengikut yang berkembang dan bersemangat di Asia dan profil komersial kami di wilayan ini terus semakin kuat, disokong oleh pejabat-pejabat kami di Shanghai, Singapura dan Tokyo. Kerjasama ini akan membenarkan para peminat City di Asia untuk beriteraksi dengan kelab melalui cara baru dan mengujakan, dan kami tidak sabar untuk bekerja bersama-sama.”

Michael MQuada, perwakilian K8.com pula menambah: “Liga Perdana Inggeris merupakan salah satu liga bola sepak terbesar dengan para pengikut yang besar dan meluas di rantau Asia. Kerjasama ini adalah satu platform sempurna untuk mempromosi jenama kami. Kami tidak sabar untuk menjadi rakan penaja baharu Manchester City dan mengucapkan selamat maju jaya buat kelab untuk musim 2017/18 akan datang.”

Galeri Foto

Di balik tabir: Pelancaran kit laman sendiri 17/18

Galeri Foto

Di balik tabir: Pelancaran kit laman sendiri 17/18

Galeri Foto

Gaya City: Pemain menyarung kit terbaru