quote linkedin dugout

Berita Kelab

Video 1 Galeri Foto

Lebah Manchester menghiasai jersi di derbi USA

Lebah pekerja lambang ikonik bandar Manchester akan terpapar di jersi-jersi para pemain Manchester City dan Manchester United dalam perlawanan persahabatan pramusim di Amerika Syarikat.

Kedua-dua pasukan akan memakai jersi dengan simbol terkenal bandar di mana kedua-dua pasukan Liga Perdana Inggeris itu mendiami apabila bertemu di Houston pada hari Khamis 20 Julai 8.30 malam waktu USA (21 Julai 9.30 pagi Jumaat Malaysia) sebagai menghormati mereka yang terkesan dari serangan di Manchester Arena bulan Mei lalu.

Berikutan ia merupakan pertemuan pertama kedua-dua pasukan selepas kejadian dan derbi Manchester pertama di luar UK, jersi kedua-dua pasukan yang akan dipakai nanti boleh dibeli melalui jualan lelong.

Image result for we love manchester emergency fund

Kutipan dari jualan lelong itu nanti akan disalurkan ke tabung kecemasan ‘We Love Manchester’.

“Manchester terus menunjukkan kekuatan dan perasaan kemasyarakatan sejak serangan bulan Mei dan setiap mereka di Manchester City kekal bersama mereka yang terkesan,” ujar CEO City, Ferran Soriano, menjelang perlawanan.

“Lebah pekerja melambangkan segalanya yang menjadikan Manchester sebuah kota yang istimewa dan para pemain kami akan memakainya di jersi-jersi mereka dengan penuh rasa bangga sebagai menunjukkan solidariti bersama komuniti Manchester.”

Mewakili warisan perindustrian bandar Manchester dan masyarakatnya, lebah pekerja menjadi jata kota semenjak era Victoria dan diadapatasi jata rasmi bandar raya pada tahun 1842.

Ia akan dilekatkan di jersi kedua-dua pasukan selepas pelancaran #ACITYUNITED, apabila pasukan Biru dan Merah Manchester bergabung berganding bahu mengumpul £1 juta untuk tabung kecemasan ‘We Love Manchester’.

Image result for ACITYUNITED

Wang sumbangan dari tabung tersebut akan membantu keluarga-keluarga untuk 22 mangsa yang terkorban dalam kejadian tersebut dan 64 orang yang cedera.

Ed Woodward, Pengerusi Eksekutif Manchester United turut menyetujui sentimen solidariti yang sama menambah:

“Bandar Manchester telah menunjukkan kekuatan dan kesatuan semenjak serangan yang tragik pada bulan Mei lalu, ia telah menunjukkan kepada masyarakat di UK dan dunia betapa istimewanya bandar ini.

“Dengan adanya lambang lebah pekerja di jersi-jersi pemain kami sekali lagi ia menunjukkan semangat kemasyarakatan bandar kami dan kelab-kelab bola sepak di Manchester, dan ia berlaku secara semulajadi yang usaha ini akan kami teruskan untuk membantu mereka yang terkesan. Melalui usaha ini kutipan derma dan kesedaran akan dilakukan melalui jutaan para peminat seluruh dunia yang akan menyaksikan perlawanan itu nanti.”

Maklumat bagaimana untuk membeli jersi-jersi yang telah dipakai oleh para pemain akan diumumkan melalui setiap kelab dalam beberapa minggu lagi.

Untuk sesiapa yang ingin terus menderma ke tabung berkaitan, sila:

Berita Kelab

Man City anjur Piala Nexen

MAN CITY CUP: City anjur Piala Nexen

Manchester City telah menganjurkan Piala Nexen di San Diego yang berjaya menarik 6,000 pemain muda.

Manchester City bantu mencungkil bakat muda bola sepak di Amerika Syarikat.

Galeri Foto

Di balik tabir: Pelancaran kit laman sendiri 17/18