quote linkedin dugout

Berita Kelab

Video 1 Galeri Foto

Sertai Cityzens secara percuma kini!

Cityzens merupakan keluarga para peminat City. Dengan menjadi ahli Cityzen anda menjadi sebahagian dari kelab dan kesetiaan anda diberi ganjaran.

Cityzens merupakan cara baru untuk mengalami sebagai peminat City dan kini keahlian secara percuma untuk semua peminat di dunia menikmatinya.

Dengan sekali mendaftar, anda dapat mengakses mancity.com/cityzens untuk menemui cara-cara baru melibatkan diri termasuk memutuskan Pemain Terbaik Perlawanan, suara anda didengar dalam Cityzens Voice dan melibatkan diri dengan peluang-peluang aktiviti amal.

Terokai sejarah susur masa bersama kelab dan menyemak Peta Komuniti untuk mengetahui lokasi-lokasi menonton perlawanan langsung City dan berhubung dengan para peminat lain.

Kami akan menyesuaikan pengalaman Cityzens anda berdasarkan lokasi anda dan bagaimana anda mahu menyokong City.

Kami sedar tiadalah kelab tanpa anda, jadi kami mahu jadikan ia lebih mudah untuk para peminat kami diiktiraf dan diberi penghargaan dengan pelbagai ganjaran.

Cityzens akan dapat mengakses lebih banyak peraduan dan kuiz dengan ganjaran lain termasuk:

  • Pengalaman-pengalaman yang tidak boleh dijual beli
  • Menjadi yang pertama mengetahui berita terkini
  • Diskaun 10% pembelian pertama secara online
  • Ganjaran dari rakan-rakan penaja City yang lain

Pengalaman yang tidak boleh dijual beli termasuk peluang dijemput dalam sesi penggambaran bersama Pasukan Utama untuk musim 2017/18 yang hanya eksklusif untuk pemegang kad bermusim Cityzens.

undefined

Anda juga boleh membeli ‘Cityzens Matchday’ untuk menjadi orang pertama di anatara berpeluang membeli tiket perlawanan dan menikmati diskaun eksklusif serta pelbagai ganjaran semasa kunjungan anda di Stadium Etihad.

Kami mahu mengiktiraf kesetiaan anda dan mengucapkan terima kasih kepada anda bila-bila masa kami rasa, jadi kami akan memilih para peminat bertuah dari seluruh dunia dengan mengirimkan kepada anda hadiah istimewa dan pelbagai ganjaran dengan menggunakan data, penglibatan anda di media social kami dan mendengar cerita anda berkaitan dengan kelab kesayangan anda.

Kunjungi mancity.com/Cityzens untuk mengalami dan merasai cara baru sebagai peminat City.

Sertai keluarga kami, jadi sebahagian dari masa depan kami.

Berita Kelab

Kembara penyokong bersama Thomas Cook Sport

Thomas Cook Sport merupakan Rakan Penaja Rasmi Baru untuk Penyedia Kembara Penyokong.

Kelab telah bersetuju dengan perjanjian tiga tahun yang akan menyaksikan peneraju operator kembara sukan menyedia pakej hotel dan tiket untuk para peminat City.

Galeri Foto

Kit laman lawan City 2017/18 dilancar di LA

Galeri Foto

Galeri Kit laman lawan City 2017/18