quote linkedin dugout

Kelab Bola Sepak Manchester City komited dalam menyediakan laman web yang dapat diakses dan mudah digunakan oleh semua pengunjung termasuk di kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) yang bermasalah dari segi penglihatan. Kami percaya poses ini berterusan dan kami sentiasa cuba memperbaiki sudut ini.

Kelab Bola Sepak Manchester City adalah komited untuk menyediakan kepada semua pengguna kami akses yang sama rata untuk capaian maklumat kami. Dengan kebolehan mengakses sebagai aspek penting dalam reka bentuk dan pembinaan laman web kami, kami menggunakan prinsip reka bentuk universal untuk memastikan laman web kami boleh dilihat dan dilayari dengan berkesan oleh semua pengguna kami, bebas daripada peranti yang mereka biasa gunakan.

Akses standard kami adalah selaras dengan Inisiatif Kebolehcapaian Web (WAI) - standard yang diiktiraf di peringkat antarabangsa yang dihasilkan oleh Kosortium Laman Web Sedunia (W3C). Kami berhasrat untuk mematuhi semua keutamaan WAI satu pemeriksaan, juga termasuk untuk pelbagai keutamaan dua dan tiga pintu masuk yang dikenal pasti oleh Institut Diraja Kebangsaan Orang Buta.