quote linkedin dugout

TCA Abu Dhabi (Lembaga Pelancongan dan Kebudayaan Abu Dhabi) merupakan Penaja Destinasi Pelancongan Rasmi bagi Kelab Bola Sepak Manchester City.

Tourism & Culture Authority - TCA Abu Dhabi (Lembaga Pelancongan & Kebudayaan Abu Dhabi), merupakan " Penaja Destinasi Pelancongan Rasmi' bagi Kelab Peminat Manchester City, yang berperanan memelihara dan menggalakkan warisan dan budaya emiriah Abu Dhabi dengan membangunkannya sebagai destinasi mapan yang bertaraf dunia untuk para penduduk dan juga pelawat.

Segala dasar,perancangan dan program di bawah tanggungjawab TCA adalah berkaitan dengan pemeliharaan warisan dan budaya, termasuk memelihara dan memulihara tapak arkeologi dan tempat bersejarah serta membangunkan penubuhan muzium-muzium, termasuk Louvre Abu Dhabi, MuziumNasional Zayed dan Guggenheim Abu Dhabi.

Dalam menguruskan industri pelancongan di emiriah itu, Lembaga Pelancongan & Kebudayaan Abu Dhabi bekerja rapat dengan pihak-pihak penting dalam industri pelancongan dan bertanggungjawab dalam urusan mempromosi Abu Dhabi di peringkat antarabangsa melalui pelbagai aktiviti yang bertujuan untuk menarik lebih ramai pelancong dan juga pelabur.

Pihak lembaga pelancongan adalah merupakan pemenang Kempen Pemasaran Destinasi Utama Dunia pada Anugerah Pelancongan Dunia 2011. Antara initiatif TCA seperti pengendalian skim klasifikasi hotel yang diiktiraf di peringkat global dan pro-aktif dalam pembangunan profesional dalam industri pelancongan dengan menyediakan latihan untuk mereka yang berkaitan melalui pelbagai aktiviti.

Atas dasar menghormati warisan emiriah pihak TCA juga memberi sokongan untuk segala aktiviti intelektual, kesenian dan kebudayaan untuk memupuk suasana yang kaya dengan budaya. Di antaranya, Lembaga Pelancongan & Lembaga Kebudayaan Abu Dhabi telah menganjurkan pelbagai acara peringkat antarabangsa untuk meletakkan nama emiriah sebagai antara destinasi acara utama dunia.

Ini termasuk: Penganjuran siri tahunan PGA Jelajah Eropah melalui Kejohanan Golf HSBC Abu Dhabi; Pertunjukan Udara Al Ain; Triathlon Abu Dhabi Peringkat Antarabangsa, Gourmet Abu Dhabi dan Percutian Musim Panas di Abu Dhabi. Emiriah  juga mencipta sejarah pada bulan Januari 2012 apabila ia menjadi destinasi yang pertama di Timur Tengah untuk persinggahan  Volvo Ocean Race – iaitu perlumbaan pelayaran mengelilingi dunia.

Dalam penganjuran mesyuarat korporat dan acara-acara utama, Abu Dhabi semakin aktif menempatkan diri dalam sektor persidangan antarabangsa. Ini terbukti pada bulan Februari 2012 Abu Dhabi telah menjadi hos untuk Kongres Oftalmologi Peringkat Dunia – iaitu konvensyen terbesar yang pernah dianjurkan.

Lembaga Pelancongan & Kebudayaan Abu Dhabi (TCA Abu Dhabi) mempunyai cawangan-cawangan pejabat antarabangsanya di United Kingdom, Perancis, Itali, Jerman, China, Australia, Rusia, Arab Saudi dan Amerika Syarikat. Ia juga aktif dalam penyertaan acara-acara penggalakan pelancongan dan perniagaan diperingkat antarabangsa.

Untuk maklumat lebih lanjut  www.abudhabitourism.ae