quote linkedin dugout

SAP And City Football Group (CFG) sukahati mengumumkan, kerjasama pemasaran dan teknologi global selama beberapa tahun yang akan mengubah cara kumpulan dan pasukan bola sepak mengendalikan dan melaksanakan dari bilik lembaga pengarah ke padang perlawanan.

SAP adalah Pembekal Rasmi Perisian "Cloud " dan penasihat teknologi yang dipercayai untuk City Football Group dan empat kelab di seluruh dunia, termasuk Manchester City FC (Lelaki dan Wanita), New York City FC, Melbourne City FC dan Yokohama F. Marinos.

City Football Group dan kelab-kelab naugannya akan melaksanakan pelbagai penyelesaian berasaskan ‘Cloud’ dijana oleh platform SAP HANA® dengan tujuan memudahkan operasi mereka di seluruh dunia, skala perniagaan, meningkatkan produktiviti dan meningkatkan pengalaman para peminat. Satu lagi elemen penting perkongsian itu membawa kerjasama bersama, mencipta dan membangunkan aplikasi baru untuk menganalisis dan meningkatkan prestasi para pemain dan jurulatih di padang perlawanan.

Khaldoon al Mubarak, Pengerusi City Football Group, berkata, "Melalui kerjasama dengan SAP kami memperoleh rakan teknologi yang komited di seluruh dunia untuk perniagaan kami dan salah satu usaha berterusan kami dalam pembangunan inovasi. Cita-cita  bersama kami adalah untuk mewujudkan penerokaan penyelesaian teknologi bola sepak melalui produk yang dihasilkan dan saya amat yakin bahawa kami akan berjaya. "

Operasi Perniagaan

Untuk terus berkembang di peringkat global dan meningkatkan kecekapan operasi di semua kelab, City Football Group akan menggunakan penyelesaian ‘cloud’ dari SAP, untuk meningkatkan proses pengurusan bakat dan sumber manusia dan memacu lebih banyak kerjasama di seluruh dunia. Platform SAP akan mensimulasikan semua data dari urusan penjualan tiket ke barangan serta membolehkan pembuat keputusan di seluruh organisasi  membuat keputusan lebih cepat dan lebih bermaklumat

Penglibatan Peminat

Pelbagai penyelesaian SAP akan dimanfaatkan untuk meningkatkan pengalaman para peminat di stadium pasukan-pasukan CFG di seluruh dunia, termasuk papan iklan digital di Stadium Etihad yang akan membawa analisis masa nyata dan pratonton kepada peminat yang menghadiri perlawanan. SAP dan CFG akan mengubah cara para peminat CFG mengakses maklumat pasukan kegemaran mereka dan mengambil data bola sepak yang membolehkan mereka menonton permainan dan memahaminya dengan cara yang berlainan.

Pemain dan Prestasi pasukan

City Football Group akan bersama-sama membangunkan inovasi dengan SAP mempertingkatkan teknologi baru dalam bidang pengurusan bakat, prestasi bola sepak dan prestasi manusia dengan versi terbaru SAP ‘One Solution Sport’.

Perkongsian dengan CFG dalam membangunkan portfolio bola sepak di seluruh dunia merupakan  strategi berterusan SAP bekerjasama dengan organisasi sukan yang menggunakan teknologi SAP. Musim panas yang lepas, SAP dan Pasukan Kebangsaan Jerman (DFB) membangunkan platform SAP dalam siri perlawanan mereka menggunakan SAP HANA, yang membolehkan pasukan mengumpul dan menganalisis data para pemain semasa latihan yang telah membantu mereka menjuarai Piala Dunia 2014 di Brazil.

 Di luar arena bola sepak, SAP mengubah sukan dengan jayanya melalui kerjasama dengan beberapa organisasi sukan ternama termasuk hoki ais, layar, golf, Formula 1, kriket, bola sepak Amerika, besbol, tenis dan bola keranjang.