quote linkedin dugout

QNET adalah peneraju syarikat jualan langsung di Asia yang menawarkan produk-produk berguna di pasaran pelbagai. Kami menawarkan peluang tanpa sempadan melalui platform eCommerce untuk orang-orang biasa di lebih 100 negara,

Ditubuhkan pada tahun 1998, dengan 25 pejabat di seluruh Eropah, Afrika, Asia dan Timur Tengah, QNet adalah salah satu pemimpin syarikat jualan langsung terkemuka di Asia.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian tersebut, QNet akan dapat mengakses siri pengalaman Manchester City yang tidak dapat dibeli dengan wang seperti bertemu pemain dan ucapan khas yang sebagai insentif ganjaran untuk Wakil Bebas atau pelanggan setia mereka

Mempunyai kepakaran dalam pelbagai produk dan perkhidmatan untuk meningkatkan gaya hidup daripada kesihatan dan nutrisi, penjagaan diri, pendidikan dan penjagaan rumah, QNet juga banyak terlibat dalam kerja-kerja amal di peringkat antarabangsa.

Qnet

Mengulas mengenai perkongsian itu, Tom Glick, Ketua Pegawai Perniagaan untuk Manchester City, berkata:

"Akar umbi falsafah QNet ini memberi kuasa kepada rakyat biasa di seluruh dunia untuk memulakan perniagaan mereka sendiri dan berjaya, telah menjadi kunci kepada pertumbuhan pesat mereka, yang kini meliputi lebih 100 negara di seluruh dunia.

"Kami gembira dapat bekerjasama dengan QNet dalam perkongsian kedua-dua pihak dengan peluang yang menarik untuk bekerjasama melalui bola sepak di seluruh dunia, dan terus menarik pertumbuhan syarikat kami di seluruh Asia."

QNet adalah anak syarikat jualan langsung antarabangsa utama Kumpulan Syarikat QI diterajui oleh usahawan Malaysia, Vijay Eswaran, yang menambah:

"Kami benar-benar teruja untuk bekerjasama dengan Manchester City. Seperti juga Qnet, City bermula dari permulaan yang kecil sebagai sebuah kelab komuniti, dan berkembang menjadi terkenal selepas bertahun-tahun hasil usaha dan kerja keras.

"Tumpuan City dalam menyumbang semula kepada masyarakat melalui bola sepak mencerminkan falsafah RYTHM (Raise Yourself To Help Mankind) kami sendiri, di mana kami berusaha untuk memperkasakan rakyat kepada kehidupan lebih baik, dan membantu orang lain melakukan perkara yang sama.

"Kami percaya yang manusia itu di tahap terkuat mereka apabila mereka bekerja dalam satu kumpulan, seperti dalam permainan bola sepak. Untuk menang, kita perlu membariskan para pemain terbaik, berlatih keras, merangka strategi khusus, mengalahkan lawan dan terus meningkatkan kemahiran dan pengetahuan permainan. Kami berharap untuk bekerjasama dengan Kelab bagi meneruskan penglibatan kami dengan masyarakat di seluruh dunia, dan juga untuk memperbaiki taraf sukan bola sepak di Asia, melalui klinik kejurulatihan dan peluang latihan. "

Selain Manchester City, QNet telah memulakan penajaan dengan kerjasama bberapa sukan pada masa lalu, dan salah satu yang terbesarnya ialah kerjasama dengan pasukan F1 Marussia.