quote linkedin dugout

Perjanjian 5 tahun ini merupakan yang pertama bagi CFG, dengan Nissan menjadi rakan kongsi global pertama untuk rangkaian City Football Group .

Nissan yang merupakan pemilik majoriti kelab Yokohama F Marinos bersama-sama juara Liga  Perdana Inggeris Manchester City FC, Manchester City Women FC, New York City FC, dan Melbourne City FC. City Football Group juga memiliki rangkaian syarikat-syarikat bola sepak dan pemasaran yang beroperasi di beberapa pejabat di seluruh dunia.

Perkongsian Nissan CFG akan melihat Nissan menjadi Rakan Penaja Otomotif Rasmi Manchester City Football Club dan menikmati kehadiran jenama yang ungggul di Stadium Etihad yang terkenal, disusuli dengan peluang penglibatan para peminat yang menjadi sasaran City di seluruh dunia. Ia akan bersesuaian dengan pakej hak yang unik di wilayah-wilayah setiap kelab bola sepak dalam rangkaian CFG.

Kerjasama itu berikutan perjanjian sebelumnya antara kedua-dua organisasi, yang diumumkan pada bulan Mei tahun ini, yang melihat CFG menjadi pegangan minoriti dalam kelab bola sepak milik Nissan iaitu Yokohama F Marinos. City komited untuk memberi pengetahuan, kepakaran dan perkhidmatan kepada kelab Liga J melalui Khidmat Bola Sepak City dan syarikat pemasaran City Football.

"Nissan sentiasa merasa amat berbangga dengan kewujudan mereka dalam sejarah Yokohama F Marinos  dan kini merasa istimewa menjadi sebahagian daripada CFG dan rangkaian mereka daripada pasukan-pasukan bola sepak global yang hebat," kata Carlos Ghosn, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Nissan.

"Perkongsian inovatif ini dapat meningkatkan pelaburan Nissan dalam permainan bola sepak yang merupakan platfom utama untuk mengukuhkan lagi jenama kami secara global. Tambahan pula, nilai dari perjanjian ini akan menyaksikan Nissan memperkenalkan kenderaan elektrik paling laris di dunia untuk pasukan bola sepak yang paling pesat berkembang di dunia, dan ia satu contoh bagaimana kerjasama itu akan digabungkan dalam bentuk inovasi untuk membawa keseronokan Nissan dan bola sepak kepada para pelanggan di seluruh dunia. "

Khaldoon al Mubarak, Pengerusi City Football Group turut mengulas, "Kami gembira dapat bekerjasama dengan Nissan sebagai rakan global pertama CFG ini. Nissan adalah pemimpin dalam inovasi yang mapan, nilai-nilai yang menjadi ‘jantung’ organisasi kami sendiri. Melalui pelaburan kami dan sokongan terhadap Yokohama F Marinos, ia telah menjadi sangat jelas bahawa Nissan dan CFG juga berkongsi minat dan cita-cita yang sama untuk pertumbuhan dan pembangunan yang seterusnya.

Hasilnya, perkongsian baru ini membawa kepada kedua-dua organisasi dengan peluang kerjasama yang amat mengujakan melalui bola sepak di Jepun dan seluruh dunia. "

Rangkaian kelab-kelab bola sepak CFG, termasuk kelab bola sepak yang berkembang pesat, Manchester City FC, ia merupakan platfom perniagaan yang sangat baik untuk Nissan kerana ia terus dapat mengembangkan lagi jalinan mereka dengan bola sepak di seluruh dunia.

Penyertaan bintang bola sepak global, David Villa, akan menyaksikan  pemain antarabangsa Sepanyol itu bermain untuk New York City FC dan pada masa yang sama sebagai  pemain tetamu untuk Melbourne City FC. Ia mencerminkan potensi model rangkaian perniagaan yang unik dan membawa musim baru yang mengujakan untuk kedua-dua kelab.

Perkongsian CFG adalah satu lagi contoh dedikasi Nissan dalam sukan global yang dengan bangganya menjadi rakan penaja untuk Liga Juara-Juara Eropah,  Sukan Olimpik Rio 2016, Pasukan Olimpik Great Britain dan Mexico, Piala Negara Afrika, Bola sepak NCAA, Trofi Heisman, Liga Bola Sepak Kanada dan menaja duta-duta sukan termasuk pemenang Pingat Emas Sukan Olimpik Usain Bolt dan Chris Hoy.