quote linkedin dugout

Kelab Bola sepak Manchester City sukacita mengumumkan perkongsian baru dengan Hays, peneraju pakar pengambilan pekerja yang berkelayakan, profesional dan juga pekerja mahir. Perjanjian selama tiga tahun tersebut menyaksikan syarikat Britain yang tersenarai dalam FTSE 250 menjadi Rakan Penaja Rekrut Kelab Rasmi

Hays mempunyai pengalaman lebih daripada 50 tahun dalam membantu organisasi dan perniagaan dalam mengisi jawatan tetap, kontrak dan kerja sementara merangkumi seluruh sektor awam dan swasta. Sebagai agensi pengambilan pekerja pakar terbesar di dunia, tahun yang sudah Hays telah membantu hampir satu perempat daripada satu juta para profesional di seluruh dunia bagi mendapatkan kerja baru mereka. 

Dengan hampir 8,000 kakitangan yang beroperasi di 245 pejabat di seluruh 33 negara, Hays merupakan peneraju pasaran di UK, Eropah, Asia Pasifik, Amerika Latin dan kehadiran mereka juga berkembang di Amerika Utara.

Di bawah perjanjian tersebut, Hays akan mengaktifkan perkongsian pemasaran mereka melalui program yang menggunakan jata City, imej pemain dan mesej jenama yang kuat dengan memberi tumpuan kepada platform media sosial, serta pengiklanan paparan LED di hari perlawanan dan ‘backdrop’ semasa sesi temu bual dengan wartawan. Mereka juga akan memastikan keseluruhan 8,000 pekerja mereka di seluruh dunia dapat merasai hasil perkongsian dengan City melalui penglibatan yang lebih mendalam dan program insentif.

Untuk mengetahui lanjut tentang Hays sila lawati www.haysplc.com