quote linkedin dugout

Etisalat adalah merupakan salah satu daripada syarikat-syarikat telekomunikasi terkemuka di dunia dan salah satu operator terbesar di Timur Tengah dan Afrika, yang beribu pejabat di negara Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Etisalat beroperasi di 18 buah negara di seluruh Asia, Timur Tengah dan juga Afrika, memberi khidmat kepada lebih 100 juta pelanggan daripada keseluruhan jumlah penduduk yang seramai kira-kira 1.9 bilion orang.

Etisalat adalah sebuah pembekal telekomunikasi komprehensif yang menawarkan kedai sehenti untuk perkhidmatan suara dan data mudah alih dan talian tetap kepada individu, para pengusaha dan juga syarikat-syarikat telekomunikasi antarabangsa, ISP, penyedia kandungan dan operator telefon mudah alih.

Etisalat juga merupakan hab utama di Timur Tengah, untuk internet, suara, dan telefon mudah alih, jalur lebar, penyiaran, perayauan dan perkhidmatan data korporat dengan rangkaian serantau dan antara benua yang luas. Ia adalah syarikat pembekal terbesar trafik suara antarabangsa di Timur Tengah dan Afrika dan pembekal suara ke-12 terbesar di dunia.

Sebagai pengendali telekom bertaraf dunia, Etisalat juga telah menerima beberapa penghargaan di atas komitmen untuk sukan dan sentiasa memainkan peranan penting dalam usaha kerjasama dengan acara-acara sukan yang telah mengharumkan nama UAE di peringkat antarabangsa, seperti perkongsian eksklusif Telekomunikasi dengan Kelab Peminat Manchester City.

Etisalat juga telah lama dikaitkan dengan beberapa inisiatif popular bola sepak di UAE yang membolehkan para pelanggan dan semua penduduk UAE lebih dekat dengan sukan kegemaran mereka. Ia telah menaja Liga Pro Etisalat , serta beberapa kelab pasukan UAE bertanding dalam pertandingan antarabangsa, juga menyumbang dalam memupuk dan membangunkan bakat-bakat bola sepak negara.

Sebagai peminat bola sepak, sokongan padu Etisalat untuk sukan juga termasuk melalui penajaan Piala Presiden dan pasukan kebangsaan UAE yang mencerminkan komitmen jangka panjang Etisalat dalam meningkatkan taraf permainan di negara ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut

www.etisalat.ae