quote linkedin dugout

Etihad Airways telah menjadi penaja utama Kelab Bolasepak Manchester City sejak Mei 2009. Semenjak itu, kelab telah berjaya meraih beberapa kejayaan memberangsankan termasuk menjulang Piala FA pada tahun 2011 dan kemenangan Liga Perdana Barclays bagi musim 2011-12.

Stadium kelab telah dinamakan sebagai Stadium Etihad, ini termasuk bangunan baru Kampus Etihad yang merupakan sebahagian besar daripada kompleks Sportcity di Timur Manchester. Dalam mengalami tempoh kecermerlangan bagi Manchester City, Etihad Airways amat berbesar hati untuk memainkan peranan dalam masa depan yang gemilang untuk kelab.

Etihad Airways, yang merupakan syarikat penerbangan kebangsaan bagi negara Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam usia lapan tahun penubuhannya telah menjadi syarikat penerbangan terkemuka dunia.

Ditubuhkan oleh Perintah Diraja (Amiri) pada Julai 2003, Etihad memulakan operasi komersialnya pada November 2003, dan telah menjadi syarikat penerbangan yang paling pantas berkembang dalam sejarah penerbangan komersial.

Hub bagi syarikat penerbangan ini, adalah Abu Dhabi, ibu negara Emiriah Arab Bersatu. Etihad mempunyai 66 pesawat yang beroperasi di lebih 1000 penerbangan seminggu, menyediakan jaringan antarabangsa untuk 84 destinasi penumpang dan kargo di Timur Tengah, Afrika, Asia, Australia dan Amerika Utara.

Etihad Airways juga memiliki sebahagian daripada Airberlin iaitu syarikat penerbangan ke enam terbesar di Eropah dan 40 peratus Air Seychelles.

Syarikat penerbangan ini berhasrat untuk menterjemahkan keramahan bangsa Arab – berbudaya, bertolak ansur, ramah dan murah hati – juga mempertingkatkan prestij Abu Dhabi sebagai pusat hospitaliti antara Timur dan Barat.

Etihad Airways telah menerima beberapa anugerah yang membuktikan posisinya sebagai peneraju syarikat penerbangan utama di dunia termasuk gelaran ‘Syarikat Penerbangan Peneraju Dunia’ semasa Anugerah Pelancongan Dunia pada tahun 2009, 2010, 2011 dan 2012.