quote linkedin dugout

AvaTrade, broker dalam talian yang unggul, berbesar hati untuk menjadi RAKAN KONGSI RANTAU RASMI bagi Manchester City yang berprestij – sebuah perkongsian yang didorong oleh integriti, inovasi dan semangat untuk mencapai kejayaan.

Dikawal selia di 5 benua, AvaTrade menyediakan pekerja yang merentasi seluruh dunia dengan pengalaman perdagangan yang maju dan menikmati jangkauan antarabangsa yang sepadan dengan pangkalan peminat global Manchester City. Perkongsian ini merangkumkan sinergi antara bola sepak dan perdagangan kewangan – di mana integriti, persediaan dan pelaksanaan adalah kunci kepada kejayaan.

Sejak penubuhannya pada tahun 2006, AvaTrade telah mengukir reputasi sebagai peneraju dalam revolusi perdagangan dalam talian. Dengan menyediakan persekitaran perdagangan berorientasikan pengguna yang dibina berdasarkan platform yang paling canggih dan dikendalikan oleh pakar-pakar kewangan, misi terasnya adalah untuk memperkasakan orang di seluruh dunia untuk berdagang dengan penuh yakin. Misi utama AvaTrade adalah menjadi pemimpin industri dalam dunia kewangan global yang amat berdaya saing.  Dengan 16 pejabat di seluruh dunia, AvaTrade menawarkan pengalaman perdagangan yang terbaik pada masa ini, dengan 250+ instrumen kewangan (forex, saham, kritomatawang, komoditi, indeks dan opsyen vanila), platform inovatif, AvaTrade – apl perdagangan yang maju, bahan pendidikan bertaraf dunia sesuai untuk semua tahap pengalaman, pengurus kewangan yang berdedikasi dan khidmat pelanggan secara langsung 24/5 dalam 14 bahasa.

Dáire Ferguson, CEO AvaTrade, berkata:Pemimpin yang sebenar sentiasa mencari puncak gunung yang baharu untuk ditawan. Perkongsian kami dengan Manchester City menetapkan tahap baharu dalam industri kewangan global dan melanjutkan lagi komitmen berterusan kami untuk melabur dalam kecemerlangan. Kami berbesar hati untuk dikaitkan dnegan kelab yang sangat dihormati & mengujakan seperti Manchester City dan kami berasa amat teruja menantikan kejayaan yang mungkin diperoleh sebagai sebahagian daripada kerjasama hebat ini antara dua jenama yang berkembang maju di tahap tertinggi dalam permainan mereka.”

Damian Willoughby, Naib Presiden Kanan Perkongsian di City Football, berkata: “Kami sukacita untuk mengumumkan perkongsian ini dengan AvaTrade. AvaTrade dan Manchester City kedua-duanya komited untuk memperkasakan kehidupan peniaga dan peminat masing-masing kami, dan memberikan mereka pengalaman yang sebaik mungkin. Kedua-dua organisasi berkongsi semangat untuk menjadi inovatif dan menerajui laluan ke arah industri kami. Kami tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan AvaTrde untuk musim ini dan seterusnya.”

 

Ambil inspirasi daripada kisah kejayaan AvaTrade di www.avatrade.com.au

Ikuti AvaTrade di Twitter, Facebook dan LinkedIn