quote linkedin dugout
Coms

Satu kelab untuk semua

Untuk sesiapa yang datang menonton City beraksi dan menyaksikan kami di seluruh dunia. Untuk para penyokong kami, keluarga mereka dan masyarakat setempat kami. Ini adalah City kami.

Manchester City FC adalah jantung bandar ini.

Melalui sejarahnya yang penuh bangga, kelab bola sepak kami dibina penuh mendalam dengan hubungan berpanjangan dengan masyakat setempat di Manchester dan bandar-bandar yang jauh.

Para peminat menunjukkan sokongan dan semangat mereka yang tak berbelah bagi untuk Kelab; kami pula melahirkannya melalui tugasan kami dengan penuh dedikasi untuk membangunkan kelab buat para peminat, kejayaan dan kelestarian kelab bola sepak untuk masa depan bersama-sama.

Ia adalah satu tanggungjawab yang kelab ini menganggap ia sebagai satu penghormatan untuk memikulnya.

Kami begitu berbangga dengan sokongan padu para penyokong kami dan kami kekal komited untuk bekerja rapat dengan mereka untuk memajukan lagi cita-cita bola sepak kita bersama.

Piagam Penyokong kami juga boleh didapati dalam beberapa format lain termasuk Braille, cetakan besar dan rakaman audio. Sila hubungi mancity@mancity.com.

Muat turun Piagam Penyokong (Dalam Bahasa Inggeris).

 

Lencana Rasmi Kelab Manchester City

Lencana Man City Club  saiz [PNG 150x150]

Pemilik Kelab

Manchester City FC dimiliki sepenuhnya oleh City Football Group Limited (CFG). Kelab ini telah dimaklumkan yang pihak-pihak berikut mempunyai Pemilikan Utama (sebagaimana termaktub dalam Nota Buku Liga Perdana Inggeris) dalam isu perkongsian modal CFG;

  • Abu Dhabi United Group Investment & Development Limited – 86.21%. Penguasa utama dari segi hak undian adalah Sheikh Mansour Bin Zayed Al Nahyan.
  • CMC Football Holdings Limited – 13.79%.  Penguasa utama dari segi hak undian adalah CMC Holdings Limited.

Kenali Ahli Majlis Tertinggi

Khaldoon Al Mubarak, Pengerusi

Khaldoon Al Mubarak memegang posisi selaku Pengerusi Manchester City FC sejak pengambil alihan kelab oleh Sheikh Mansour bin Zayed pada tahun 2008. 

Beliau telah menyaksikan transformasi dan pertumbuhan kelab bola sepak yang disayanginya secara konsisten yang telah mencipta nama lebih tiga dekad sebelumnya kepada kelab yang ada sekarang yang menjuarai banyak kejohanan tempatan England, dua Liga Perdana Inggeris (setakat ini) dan bersaing secara konsisten pada peringkat tertinggi bola sepak Eropah dalam Liga Juara-Juara Eropah.

Secara jelas, transormasi di padang perlawanan dapat dilihat semasa dibawah pimpinan Al Mubarak yang turut menyamai reformasi peringkat akar umbi operasi di luar padang dengan revolusi prestasi komersial kelab, infrastruktur dan kemudahan untuk peminat yang pada masa yang sama tidak melupakan komuniti setempat di mana kelab bertapak.

Khaldoon juga merupakan Pengerusi kepada organisasi yang dikembangkan, City Football Group dan kelab-kelab naungan dibawahnya iaitu New York City FC dan Melbourne City FC. Beliau turut bertanggungjawab dalam mengurusi pertandingan FIFA Club World Cup pada tahun 2009 dan 2010 yang telah diadakan di Abu Dhabi.

Beliau juga merupakan Pengerusi bagi Penguasa Eksekutif Hal Ehwal Abu Dhabi yang menyediakan nasihat-nasihat strategik kepada Pengerusi Majlis Eksekutif Abu Dhabi yang beliau juga merupakan ahli.

Simon Pearce, Pengarah Bukan Eksekutif

Simon Pearce telah dilantik menjadi ahli Majlis Tertinggi pada September 2008. Beliau merupakan Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Komunikasi Strategik kepada Penguasa Hal Ehwal Eksekutif Abu Dhabi. Beliau juga merupakan Pengarah kepada twofour54 dan ADMM, pemilik dan pengoperasi Litar Lumba Yas Marina, Abu Dhabi.

Martin Edelman, Pengarah Bukan Eksekutif

Martin Edelman telah dilantik menjadi ahli Majlis Tertinggi pada 23 September 2008. Beliau merupakan Pengarah Cendant Corporation dari tahun 1997-2006 dan Pengarah HFS dari November 1993 hingga Disember 1997. Beliau telah menjadi Penasihat kepada Paul Hastings, Janofsky & Walker LLP, firma guaman New York City semenjak Jun 2000 dan kini berkhidmat sebagai Pengarah Avis Budget Group. 

Mohamed Al Mazrouei, Pengarah Bukan Eksekutif

Mohamed Al Mazrouei telah dilantik menjadi ahli Majlis Tertinggi pada Julai 2010. Al Mazrouei merupakan Naib Setiausaha kepada Mahkamah Diraja Abu Dhabi, perananan yang dipikul sejak April 2008. Beliau juga berkhidmat sebagai Ahli Majlis Tertinggi untuk Etihad Airways.

John Macbeath, Pengarah Bukan Eksekutif

John Macbeath merupakan kelulusan Chartered Accountant yang kaya dengan pengalaman perniagaan antarabangsa. Karier awalnya dihabiskan dalam industri minyak dan gas dengan memikul peranan bersama BP dan Statoil. Jawatan terkininya ialah dalam sektor pertahanan dan ruang angkasa sebagai pembangunan perniagaan senior bersama BAE Systems. John juga sempat menjawat CEO sementara di MCFC selepas Gary Cook melepaskan jawatan dan perlantikan Ferran Soriano.

Alberto Galassi, Pengarah Bukan Eksekutif

Alberto Galassi merupakan CEO Ferretti Group – syarikat peneraju pembinaan kapal antarabangsa dan kapal layar mewah – dan Pengerusi Aerospace, selepas berkhidmat sebagai having previously CEO dan Majlis Tertinggi syarikat lebih dari 14 tahun. Galassi juga merupakan peguam dalam pengkhususan arbitrasi dan perniagaan antarabangsa. Beliau telah menjadi ahli Bar semenjak tahun 1996. Beliau telah dilantik menjadi ahli Majlis Tertinggi pada Jun 2012.

——————————————————————————————————————————————————

Presiden Seumur Hidup

Bernard Halford

Karier Bernard dalam bola sepak bermula di Oldham Athletic dimana beliau dilantik oleh Ken Bates sebagai setiausaha termuda kelab bola sepak pada usia hanya 23 tahun. Tahun 1972 beliau dapat merealisasikan impiannya berpindah ke kelab kesayangannya, Manchester City sebagai Setiausaha Umum. Selepas beberapa tahu berkhidmat Bernard diberi penghormatan untuk mengunci pintu utama Stadium Maine Road buat kali terakhir.

Bernard kini merupakan Timbalan Presiden Para Penyokong Kelab, begitu juga menjadi presiden untuk banyak kelab penyokong di seluruh UK. Beliau berkata menjadi Setiausaha Umum kelab merupakan tugasan terbaik di dunia, dan beliau telah diberi penghormatan menjadi satu-satunya bukan pemain yang terpahat namanya di ‘Hall of Fame’ (Dinding Kemasyhuran) di National Football Museum (Muzium Nasional Bola Sepak).

Presiden-Presiden Kehormat

Eric Alexander

Eric telah menyertai ahli majlis tertinggi pada tahun 1960an dan merupakan Pengerusi kelab pada awal tahun 1970an. Beliau kekal sebagai Pengarah Kelab sehingga tahun 1980an. Keluarganya sentiasa di pihan Manchester City, kebangaan mereka dikaitkan dengan kelab sejak tiga generasi.

Ayah Eric juga merupakan Pengerusi kelab pada tahun 1969, tahun kali terakhir City menjuarai Piala FA sebelum tahun 2011. Eric juga pernah bermain untuk kelab di peringkat remaja sebelum berpindah di bahagian pengurusan dan beliau turut mempunyai perniagaan sukan yang berjaya di Manchester.

Sir Howard Bernstein

Howard merupakan Ketua Eksekutif Majlis Bandaraya Manchester dan memainkan peranan besar dalam perpindahan kediaman kelab dari Maine Road ke Stadium Bandar Manchester tahun 2003. Sejak beberapa tahun beliau telah menyokong kelab dan bandar Manchester sama besar dan berpengaruh kuat dalam pembinaan Manchester yang moden. Salah satu pencapaian terbesarnya ialah sebagai Ketua Eksekutif yang membawa kejayaan hebat Sukan Komanwel di Manchester tahun 2002.

Tony Book

Terkenal sebagai kapten Manchester City yang menjulang paling banyak piala berbanding mana-mana pemain dalam sejarah kelab. Beliau telah menyertai City tahun 1966 dan telah dinamakan sebagai Pemain Terbaik Tahunan selepas musim pertama yang cemerlang, bermain secara kerap di Eropah yang membawa City menjadi naib juara Liga utama Inggeris tahun 1977. Bersama-sama banyak lagi pencapaian hebat, beliau kini menjawat posisi Presiden banyak kelab penyokong.

Raymond Donn

As well as being a former Director of Altrincham FC, Raymond is an influential solicitor with a number of offices around Manchester.  In fact, his company is ranked as one of the UK’s leading personal injury firms.  He has been a major shareholder in Manchester City and is a lifelong supporter, still following City as avidly as ever.

Selain merupakan bekas Pengarah kelab bola sepak Altrincham, Raymond juga seorang peguam berpengaruh di Manchester. Malah syarikat guamannya mendapat pengiktirafan sebagai peneraju firma guaman untuk kecederaan peribadi.

Ian Niven MBE

Seorang penyokong seumur hidup kelab dan generasi keenam dari keluarganya yang menyokong City, Ian merupakan salah seorang peminat yang sukar ditemui kini yang menyokong kelab sejak tahun 1930an. Beliau telah menyertai ahli majlis tertinggi pada tahun 1971 dan kekal sehingga tahun 1995.

Sepanjang masa tersebut beliau telah menyaksikan pembangunan di Maine Road dan mengenalpasti keperluan City untuk memilik padang latihan sendiri yang membawa kelab membeli Platt Fields Park, menjadikan ia akademi bola sepak pertama di England. Ian telah dianugerahkan gelaran kehormat MBE atas khidmatnya untuk komuniti, terutama hasil usahanya di Moss Side.

Tudor Thomas

Seorang penyokong setia kelab sejak selepas Perang Dunia Kedua, Tudor dan isterinya masih lagi mengikuti pasukan City di mana sahaja mereka bermain. Stadium Etihad mempunyai bilik dikenali sebagai ‘Tudor Room’, di mana beliau masih melayani para pegawai rasmi perlawanan dan peninjau para pemain bagi pihak kelab, dikelilingi dengan cenderamata kelab yang dikumpul selama 60 tahun sebagai penyokong tegar City.

Merupakan penyokong kuat akademi dan seorang peniaga terkenal di Stockport, Tudor telah membantu mengutip derma bersama akademi sejak banyak tahun, peranan yang amat bangga dipikul oleh keluarganya hari ini.