quote linkedin dugout
history lineup

Cerita City anda

Secara jujur, mengikuti City ada turun naik sesekali di atas, sesekali di bawah - baca segala tentang sejarah penting kelab dari mula hingga kini

Garis masa

2000an

2000 City kembali dipromosi ke Liga Perdana Inggeris selepas berjaya mengalahkan Blackburn 4-1 di Ewood dengan sambutan meriah penguasaan padang oleh para penyokong Blues yang datang jauh dari segenap penjuru England.

2002 Bakal pengurus Stuart Pearce menerajui City apabila mereka berjaya kembali dipromosi ke Liga Perdana Inggeris dan memecah rekod baru kelab apabila berjaya menghasilkan gol terbanyak dan mata tertinggi dalam sesuatu musim.

2003 Ia merupakan suatu perpisahan yang agak beremosi buat Maine Road sebagai kediaman City selama 80 tahun apabila perlawanan terakhir bola sepak antara City menentang Southampton pada hari Ahad, 11 Mei. Kelab berpindah ke stadium baru City, Stadium City of Manchester yang serba canggih dengan kapasiti 48,000 penonton.

2007 Sven Goran Eriksson menggantikan Stuart Pearce sebagai pengurus, dan pada 15 Disember City berjaya mencatat ‘top flight’ bagi kelab apabila menang sembilan perlawanan berturut-turut dalam Liga tempatan dari permulaan musim.

2008 Abu Dhabi United Group menjadi pemilik baru Manchester City. Mantan bintang Wales, Barcelona, Bayern Munich dan juga Manchester United iaitu Mark Hughes menjadi pengurus baru City. Kelab memecah rekod perpindahan buat kali kedua dalam sejarah bola sepak Britain apabila Robinho dibeli daripada Real Madrid dengan harga yuran perpindahan sebanyak £32.5 juta.

2009 Mantan pengurus Inter Milan, Roberto Mancini menggantikan Mark Hughes pada bulan Disember.

2010 Blues meraikan kempen Liga Perdana Inggeris terbaik mereka apabila berjaya menamatkan musim di tangga ke 5 dan menempatkan diri ke Liga Europa serta separuh akhir Piala Liga.

2011 Piala yang dinantikan sekian lama akhirnya berjaya dirangkul apabila Blues berjaya mengalahkan Stoke 1-0 di perlawanan akhir Piala FA di Wembley untuk menjulang Piala FA, trofi utama sejak 35 tahun. Mereka juga turut layak ke Liga Juara-Juara Eropah 2011/12 untuk pertama kali!

2012 City menjuarai Liga Perdana Inggeris buat pertama kali (liga utama Inggeris kali ketiga selepas 44 tahun) berikutan kempen berhabisan-habinsan menyaingi kelab jiran, Manchester United. Cubaan gol terakhir 

2014 Pasukan kendalian Manuel Pellegrini merangkul dua piala dalam satu musim menjadikan ia buat kali pertama dilakukan oleh seorang pengurus sejak 1970 dengan menulang Piala Capital One dan Liga Perdana Inggeris. Kemenangan 3-1 ke atas Sunderland di Wembley dalam perlawanan akhir Piala Liga untuk merangkul kejuaraan sejak kali terakhir meraihnya tahun 1976, kemudian ia diikuti menjulang trofi Liga Perdana Inggeris buat kali kedua dalam masa tiga tahun.

2016 Pada bulan Februari, City merangkul Piala Liga buat kali kedua dalam masa tiga musim selepas memenangi perlawanan akhir menentang Liverpool di Wembley melalui penalti penentuan setelah diikat seri 1-1. Willy Caballero menjadi hero dengan menyelamatkan tiga percubaan sepakan penalti pasukan kendalian Jurgen Klopp untuk membawa piala ketiga di bawah era Manuel Pellegrini serta berjaya sampai ke semifinal Liga Juara-Juara Eropah. Pada bulan sama, pihak kelab mengumumkan Pep Guardiola menggantikan pengurus asal Chile pada musim panas selepas tiga musim bersama City.

Penghargaan Kelab 

 

Piala Eropah Piala Juara-Juara

1970

Naib Juara Liga Perdana Inggeris

1903-04, 1920-21, 1976-77, 2012-13

Naib Juara Divisyen Satu

1990-2000

Naib Juara Divisyen Satu (asal)

1895-96, 1950-51, 1988-89

Juara Piala FA

1904, 1934, 1956, 1969, 2011

Juara Piala Liga

1970, 1976, 2014, 2016

Juara Piala Sumbangsih Perisai Komuniti

1937-38, 1968-69, 1972-73, 2012-13

Juara Piala FA Remaja

1986, 2008

Gol paling banyak dalam liga dalam sesuatu musim

108 dalam Divisyen Dua 1926-27 (42 perlawanan) & Divisyen Satu 2001-02 (46 perlawanan)

Paling banyak mata (2 mata untuk menang)

62 dalam Divisyen Dua 1946-47

Pemain paling banyak beraksi di pentas antarabangsa

David Silva (Sepanyol)

 

Juara Liga Perdana Inggeris

1936-37, 1967-68, 2011-12, 2013-14

Juara Divisyen Satu

2001-02

Juara Divisyen Dua (asal)

1898-99, 1902-03, 1909-10, 1927-28, 1946-47, 1965-66

Juara Play-off Divisyen Dua

1998-99

Naib Juara Piala FA

1926, 1933, 1955, 1981, 2013

Naib Juara Piala Liga

1974

Naib Juara Piala Keahlian Penuh

1986

Juara Liga Simpanan

1977-78, 1986-87, 1999-2000

Juara Super League Wanita

2016

Juara Continental Tyres (Wanita)

2014, 2016

Juara Piala FA Wanita

2017

Gol paling banyak dihasilkan seorang pemain dalam sesuatu musim

38 oleh Tommy Johnson dalam Divisyen Satu 1928-29

Paling banyak mata (3 mata untuk menang)

99 dalam Divisyen Satu 2001-02

1990an

1992 Liga Perdana Inggeris dengan format baru diperkenalkan dengan perlawanan City mementang QPR menjadi perlawanan malam Isnin pertama yang disiarkan secara langsung oleh pihak penyiar Sky.

1994 City mengucapkan selamat tinggal kepada Stand Kippax yang amat disayangi atas arahan penguatkuasa penutupan teres di padang-padang perlawanan Liga Perdana Inggeris. Kippax merupakan kawasan berdiri stadium yang terbesar di England.

1995/96 Musim yang penuh dramatik menyaksikan City melantik tiga pengurus yang berlainan; Alan Ball, Steve Coppell dan Frank Clark, juga dalam masa yang sama pengurus sementara (caretaker) Asa Hartford dan Phil Neal.

1997 City melancarkan lencana baru kelab. Rekabentuk baru ini memaparkan moto bahasa Latin “Superbia in Proelio” yang bermaksud “Bangga dalam Perjuangan”.

1999 Salah satu daripada permainan yang penuh mendebarkan di Wembley menyaksikan City bangkit untuk menang selepas tendangan penalti menentang Gillingham dalam perlawanan ‘play-off’ Divisyen Dua peringkat akhir.

1980an

1981 City sampai ke perlawanan Piala FA ke 100 menentang Spurs di peringkat akhir. Setelah seri 1-1 pada hari Sabtu, permainan ulangan di Wembley dianggap sebagai permainan akhir Piala yang paling menghiburkan. City kalah tipis 3-2 apabila Ricky Villa menghasilkan gol kedua, tetapi buat peminat City, tendangan jauh 30 ela oleh Steve Mackenzie merupakan serangan yang lebih menarik tumpuan.

1986 City beraksi di perlawanan akhir Piala Keahlian Penuh dengan kehadiran 68,000 penonton.

1987 Rekod kemenangan kelab membantai 10-1 Huddersfield Town dicatat di Maine Road pada tahun 1987.

1989 City bangkit dengan penuh gaya dalam perlawanan terakhir musim di Bradford.  Wakil dari Maine Road ini mencatatkan kemenangan yang tak diduga apabila City menumpaskan jiranya, Manchester United 5-1.

1970an

1970 City menamatkan siri piala tempatan dan Eropah apabila menang berganda Piala Juara-juara Eropah dan juga Piala Liga.

1972 Lencana City digantikan dengan bunga ros merah Lancashire.

1974 City tewas dalam Piala Liga peringkat akhir kepada Wolves.

1976 Blues mengalahkan Newcastle United 2-1 di Wembley dengan hasil gol daripada Peter Barnes dan juga tandukan hebat daripada Dennis Tueart untuk menjuarai Piala Liga.

1979 Kelab memecah rekod perpindahan pemain apabila membeli Stev Daley dengan harga yuran perpindahan sebanyak £1,450,277. Dalam masa 2 tahun Blues menjadi kelab pertama yang membeli tiga pemain bernilai lebih £1 juta (dua orang lagi ialah Kevin Reeves & Trevor Francis)

1960an

1965 Lencana kelab baru diperkenalkan pada tahun 1965 berdasarkan jata Bandar Manchester.

1966 Citi bangkit sebagai juara Divisyen Dua di bawah pengurusan Joe Mercer and Malcolm Allison.

1968 Blues tewas kepada Newcastle United pada hari terakhir musim untuk merangkul Liga Utama Inggeris buat kali kedua.

1969 Manchester City menewaskan Leicester City 1-0 di Wembley untuk menjuarai Piala FA.

1950an

1955 City kalah kepada Newcastle pada perlawanan akhir Piala FA 1955 di Wembley.

1956 Blues menempatkan dir ke peringkat akhir Piala FA, kali ini berjaya menumpaskan Birmingham 3-1 untuk menjulang trofi – perarakan menyambut kepulangan pertama kali disiarkan oleh Televisyen Granada.

1958 Nahas kemalangan udara di Munich melibatkan skuad pasukan pertama Manchester United juga beberapa wartawan terbunuh termasuk bekas penjaga gol City, Frank Swift.

1945-50

1947 City bangkit  sebagai Juara Divisyen Dua.

1949 Kelab Penyokong MCFC Rasmi ditubuhkan.

1939 hingga 1945 Perang Dunia Kedua

Liga Semasa Perang dicetuskan dengan City bermain di Divisyen Utara. Kerosakan teruk Old Trafford bermakna Man United terpaksa bermain permainan mereka selaku tuan rumah di Maine Road. Walaubagaimanapun City tidak sama sekali membenarkan United menggunakan bilik persalinan pasukan tuan rumah apabila dua pasukan bertemu!

1930an

1934 Selepas kalah di perlawanan akhir tahun sebelumnya, City menewaskan Portsmouth 2-1 untuk menjulang Piala FA.

1934 Rekod mencatatkan kehadiran teramai seramai 84,569 penonton di Maine Road apabila Blues menentang Stoke City dalam perlawanan Piala FA.

1937 Manchester City menjuarai Liga Utama Inggeris buat pertama kali.

1920s

1920 Padang perlawanan Hyde Road milik City menjadi stadium bola sepak peringkat wilayah pertama yang dilawati oleh rombongan di raja Britain.

1923 Selepas Hyde Road musnah akibat kebakaran, kelab berpindah ke Main Road yang dapat memuatkan 85,000 penonton.

1926 Tahun turun naik pagi Blues – tanpa pengurus- City menjadi pasukan dari Manchester bermain di Wembley (naib juara Piala FA), mencatat rekod kemenangan perlawanan derbi Manchester (6-1 di Old Trafford) namun menderita akibat tersingkir pada musim yang sama.

1928 City bangkit sebagai Juara Divisyen Dua – dan merangkul gelaran kelab penyokong terbaik bagi Liga Bolasepak England.

1914 to 1918 Perang Dunia Pertama

Liga bola sepak digantung dari tahun 1915 sehingga 1919, walaubagaimanapun  kejohanan kecil peringkat wilayah masih diadakan apabila City menyertai divisyen Lancashire.

1875 - 1910

1880 Gereja St Mark menubuhkan satu pasukan bola sepak yang selepas itu berkembang kepada Manchester City FC tahun 1894.

1884 Jersi City julung kalinya diperkenalkan – dalam warna hitam dengan gaya lambing salib Malta. Sebahagian mengatakan ia disebabkan oleh hubungan kuat kelab dengan gerakan Freemason pada tahun 1880an, manakala yang lain  percaya salib warna putih membuktikan hubungan dengan St Mark yang masih jitu.

1887 Pasukan St Mark berkembang kepada Ardwick AFC dan berpindah ke Hyde Road.

1889 Satu letupan berlaku berhampiran dengan lombong arang batu Hyde Road yang mengakibatkan kematian 23 orang pelombong – Ardwick dan Newton Heath telah bermain perlawanan persahabatan di bawah limpahan cahaya sumbangan dari tabung bencana tersebut.

1892 Divisyen kedua Liga Bolasepak Inggeris ditubuhkan dengan Ardwick AFC sebagai ahli pengasas.

1894 Ardwick AFC diperbaharui sebagai Kelab Bolasepak Manchester City sebagai bidaan untuk mewakili keseluruhan bandar Manchester.

1889 City menamatkan sainga di Divisyen Dua menjadi pasukan pertama yang secara automatik bangkit sebagai juara.

1904  Blues menewaskan Bolton Wanderers dalam Piala FA di Crystal Palace menjadi pasukan bola sepak pertama dari Manchester memenangi trofi utama.