quote linkedin dugout

Polisi Privasi

Polisi privasi dan kuki yang tertera di bawah merupakan sebahagian daripada terma yang digunakan dan ia juga tertera mengikut cara data peribadi anda dikendalikan. Oleh itu sila baca polisi ini dengan teliti kerana ia menjelaskan maklumat yang pihak kami akan kumpulkan mengenai anda, bagaimana ia akan digunakan, serta langkah-langkah yang kami ambil untuk memastikan yang ia disimpan dengan selamat.

Apakah maklumat yang kami kumpul?

Dalam usaha untuk menyediakan anda dengan perkhidmatan kami, kami mungkin mengumpul maklumat peribadi mengenai anda daripada laman web kami, perbualan telefon, e-mel, serta komunikasi dalam bentuk bertulis dan lisan. Pihak kami juga boleh menyimpan rekod butiran nama anda, alamat, alamat penghantaran, alamat e-mel, nombor telefon dan butiran kad kredit. Kami juga boleh merekodkan butiran ketidak upayaan atau keperluan kesihatan yang anda ada pada masa tempahan acara atau perkhidmatan untuk membantu memastikan keselamatan anda.

Maklumat berkaitan dengan lawatan anda ke laman web kami (seperti halaman yang anda lawati, kekerapan melawat dan pertandingan yang anda sertai) dan maklumat yang anda berikan apabila menjadi pengguna berdaftar atau apabila memasuki pertandingan kami (seperti nama dan e-mel alamat) yang dianjurkan dan disimpan oleh kami mana-mana tempat di dunia, dan pihak ketiga yang terpilih.

Kami mungkin menambah maklumat yang anda telah berikan dengan maklumat lain yang kami terima daripada pihak ketiga.

Bagaimana kami menggunakan maklumat anda?
Sebarang data peribadi yang berkaitan dengan anda akan digunakan dan direkodkan oleh kami berdasarkan undang-undang perlindungan data semasa dan polisi privasi ini.

Kami akan menggunakan maklumat peribadi anda terutamanya untuk memberikan perkhidmatan dan produk kami kepada anda. Kami juga akan menggunakan maklumat peribadi yang kami simpan untuk berkomunikasi dengan anda, sebagai contoh: sekiranya perkhidmatan atau produk yang anda minta tidak terdapat; bagi tujuan rekod, untuk mendapatkan kembali hutang dan untuk membantu kami bagi mencegah penipuan (fraud); untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kami; untuk tujuan penyelidikan pasaran, atau untuk mengesan aktiviti di laman web kami. Jika anda telah menukar ketetapan dalam profil peribadi anda untuk menunjukkan keinginan pilihan anda, maka dalam hal ini kami boleh mewujudkan profil secara individu untuk anda supaya kami boleh memaklumkan kepada anda tentang segala perkhidmatan, produk, peristiwa atau tawaran istimewa yang mungkin menarik minat anda.

Dengan membekalkan maklumat anda kepada kami, anda mengesahkan bahawa anda tidak menganggap penggunaan maklumat anda menurut polisi privasi ini sebagai melanggar mana-mana hak anda di bawah (arahan) peraturan privasi dan komunikasi elektronik tahun 2003.

Pendedahan maklumat anda
Jika anda menukar tetapan dalam profil peribadi anda untuk menunjukkan keinginan anda, dalam hal ini segala maklumat peribadi anda (termasuk butiran keutamaan membeli anda) mungkin akan dikongsi bersama dengan pihak ketiga yang bereputasi di mana produk / perkhidmatan yang kami fikir akan menarik minat anda dan pihak ketiga tersebut boleh menghubungi anda secara langsung untuk memaklumkan tentang produk / maklumat kepada anda atau kami boleh menghubungi anda bagi pihak mereka. Setiap pihak ketiga boleh menggunakan maklumat anda seperti yang dinyatakan di bawah seksyen "bagaimana kami menggunakan maklumat anda?"


Penggunaan maklumat anda di luar kawasan ekonomi Eropah

Dalam usaha untuk menyediakan anda dengan produk dan perkhidmatan yang anda perlukan, kami mungkin memerlukan untuk menyimpan atau memindahkan maklumat peribadi anda ke negara-negara di luar kawasan ekonomi Eropah, ada di antara negara-negara ini yang tidak melindungi hak privasi yang meluas seperti di UK. Ini termasuk pegangan data peribadi anda dalam server-server yang menjadi hos bagi laman web yang telah disediakan kepada kami.


Apa yang perlu dilakukan jika anda tidak mahu menerima maklumat pemasaran
Anda mempunyai hak untuk menghalang maklumat pemasaran daripada dihantar terus kepada anda. Jika anda memilih untuk tidak menerima maklumat daripada kami atau daripada mana-mana organisasi lain yang kami boleh mendedahkan maklumat peribadi anda, anda boleh menulis kepada kami melalui pos atau e-mel (lihat bahagian "bagaimana untuk hubungi kami" di bawah) atau dengan mengubah tetapan pada seksyen profil peribadi anda semasa proses pendaftaran atau pada bila-bila masa. Sila ambil perhatian, walaubagaimanapun, jika anda menahan atau menarik balik kebenaran anda, kami dan / atau mereka tidak akan dapat lagi untuk memaklumkan kepada anda perkhidmatan yang terbaru, produk, peristiwa atau tawaran istimewa yang mungkin menarik minat anda.


Polisi Kuki

Sejak 26 Mei 2011, undang-undang menyatakan bahawa kuki di laman web hanya boleh digunakan dengan kebenaran khusus daripada anda. Ia dilaksanakan sepenuhnya mulai 26 Mei 2012. MCFC sedang merangka cara terbaik untuk mendapatkan persetujuan anda tanpa menjejaskan keseronokan anda melayari laman web kami. Kami akan memaklumkan kepada anda dengan maklumat berkaitan sebaik sahaja ianya sempurna dan muktamad. MCFC menggunakan kuki dalam operasi laman web ini di beberapa bahagian. Jika anda memilih untuk tidak menerima kuki kami, beberapa perkhidmatan di laman web kami tidak akan dapat disediakan untuk anda.

a. Apakah itu kuki?
Kuki ialah satu fail kecil data yang  biasanya menggabungkan pengecam unik, dan ia dihantar ke komputer anda atau pelayar telefon mudah alih dari komputer laman web ini. Ia merupakan fail data bagi menyimpan maklumat yang anda berikan kepada kami. Dengan demikian ia membolehkan kami 'ingat' pada lawatan ulangan anda, juga membolehkan anda melayari laman tanpa perlu memperkenalkan diri anda semula. Kebanyakan pelayar menerima kuki secara automatik, tetapi anda boleh menetapkan pelayar anda untuk mengelakkan ini. Jika pilihan utama penyemak imbas anda membenarkannya, setiap laman web atau pembekal perkhidmatan pihak ketiga dapat menghantar kuki untuk pelayar anda. Walau bagaimanapun, untuk melindungi privasi anda, penyemak imbas anda hanya membenarkan laman-laman web atau pembekal perkhidmatan pihak ketiga untuk mengakses kuki yang telah dihantar kepada anda, tidak kuki yang dihantar kepada anda oleh laman lain atau lain-lain pembekal perkhidmatan pihak ketiga.

Kuki merekod maklumat pilihan anda dalam talian, yang kemudiannya digunakan untuk menyesuaikan laman web MCFC keutamaan individu anda. Anda boleh menetapkan peranti anda untuk menerima semua kuki, atau untuk tidak menerima kuki untuk bila-bila masa. Untuk maklumat lanjut, sila lawat: http://www.ico.gov.uk/

b. Bagaimana MCFC menggunakan kuki?
 MCFC tidak menggunakan kuki untuk mengumpul maklumat  bagi mengenal pasti diri anda sebagai pengguna laman web ini. Walau bagaimanapun, jika anda ingin untuk menyekat atau menghalang kuki yang kami gunakan di laman MCFC, anda boleh lakukan ini dalam tetapan penyemak imbas anda. Fungsi Bantuan dalam pelayar anda terdapat cara untuk melakukannya.

Untuk maklumat lanjut, sila lawat: http://www.ico.gov.uk/

Sila ingat bahawa dalam menidakkan kuki pada laman MCFC boleh menjejaskan pengalaman anda dalam melayar laman di mana terdapat fungsi yang dikawal oleh penggunaan kuki.

MCFC juga menggunakan beberapa syarikat pengukur bebas, pengiklanan dan penyelidikan. Mereka mengumpul maklumat berkenaan para pelawat ke laman web MCFC dengan menggunakan kuki, log masuk data, fail log, serta kod yang terterap di laman web kami. MCFC menggunakan maklumat jenis ini bagi membantu meningkatkan mutu perkhidmatan yang diberi kepada pengguna, namun, kami menuntut bahawa pihak ketiga tidak menggunakan mana-mana jenis maklumat ini untuk perniagaan mereka sendiri atau tujuan-tujuan lain.

MCFC tidak mengandungi pautan ke laman web yang dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga. Laman-laman web pihak ketiga mempunyai polisi privasi mereka sendiri termasuk kuki, jadi kami menggesa kepada anda untuk meneliti semula laman-laman web tersebut. Laman-laman web ini mengawal penggunaan apa-apa maklumat peribadi yang anda serahkan atau yang dikumpul oleh kuki ketika anda melawatnya. 

Kami tidak bertanggungjawab atau mempunyai liabiliti bagi amalan privasi laman-laman web pihak ketiga dan penggunaan laman web tersebut oleh anda adalah atas risiko anda sendiri.

c. MCFC dan bagaimana untuk menolak kuki?
Pengauditan yang komprehensif bagi laman dari segi kuki utama yang MCFC tetapkan (dan setiap apa tujuan digunakan) termasuk cara-cara untuk mengurangkan bilangan kuki yang anda terima telah pun dijalankan. Hasil daripada usaha ini, kami telah kumpulkan senarai kuki yang mungkin anda ingin membuangnya.

1 Fungsi
Kuki-kuki yang diperlukan bagi membolehkan untuk menggunakan laman web ini, mengakses bahagian selamat, menutup pop-up.                                                                                                 

2 Prestasi
Kuki-kuki yang digunakan untuk mengesan kadar jalur lebar, untuk meningkatkan kualiti aliran video             

3 Analitik
Kuki-kuki yang diperlukan untuk (Kedai / laman perkhidmatan jualan tiket mungkin menggunakan Analisa untuk tujuan pemasaran)                                                                                                                        

4 Sasaran
Kuki-kuki ‘sasaran’ dikaitkan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak ketiga, seperti butang 'Suka' dan butang 'Kongsi'. Pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan ini sebagai balasan untuk mengenalpasti yang anda telah melawat laman web kami.