quote linkedin dugout

Polisi Kuki


Polisi Kuki


Sejak 26 Mei 2011, undang-undang menyatakan bahawa kuki di laman web hanya boleh digunakan dengan kebenaran khusus daripada anda. Ia dilaksanakan sepenuhnya mulai 26 Mei 2012. MCFC sedang merangka cara terbaik untuk mendapatkan persetujuan anda tanpa menjejaskan keseronokan anda melayari laman web kami. Kami akan memaklumkan kepada anda dengan maklumat berkaitan sebaik sahaja ianya sempurna dan muktamad. MCFC menggunakan kuki dalam operasi laman web ini di beberapa bahagian. Jika anda memilih untuk tidak menerima kuki kami, beberapa perkhidmatan di laman web kami tidak akan dapat disediakan untuk anda.

a. Apakah itu kuki?
Kuki ialah satu fail kecil data yang  biasanya menggabungkan pengecam unik, dan ia dihantar ke komputer anda atau pelayar telefon mudah alih dari komputer laman web ini. Ia merupakan fail data bagi menyimpan maklumat yang anda berikan kepada kami. Dengan demikian ia membolehkan kami 'ingat' pada lawatan ulangan anda, juga membolehkan anda melayari laman tanpa perlu memperkenalkan diri anda semula. Kebanyakan pelayar menerima kuki secara automatik, tetapi anda boleh menetapkan pelayar anda untuk mengelakkan ini. Jika pilihan utama penyemak imbas anda membenarkannya, setiap laman web atau pembekal perkhidmatan pihak ketiga dapat menghantar kuki untuk pelayar anda. Walau bagaimanapun, untuk melindungi privasi anda, penyemak imbas anda hanya membenarkan laman-laman web atau pembekal perkhidmatan pihak ketiga untuk mengakses kuki yang telah dihantar kepada anda, tidak kuki yang dihantar kepada anda oleh laman lain atau lain-lain pembekal perkhidmatan pihak ketiga.

Kuki merekod maklumat pilihan anda dalam talian, yang kemudiannya digunakan untuk menyesuaikan laman web MCFC keutamaan individu anda. Anda boleh menetapkan peranti anda untuk menerima semua kuki, atau untuk tidak menerima kuki untuk bila-bila masa. Untuk maklumat lanjut, sila lawat: http://www.ico.gov.uk/

b. Bagaimana MCFC menggunakan kuki?
 MCFC tidak menggunakan kuki untuk mengumpul maklumat  bagi mengenal pasti diri anda sebagai pengguna laman web ini. Walau bagaimanapun, jika anda ingin untuk menyekat atau menghalang kuki yang kami gunakan di laman MCFC, anda boleh lakukan ini dalam tetapan penyemak imbas anda. Fungsi Bantuan dalam pelayar anda terdapat cara untuk melakukannya.

Untuk maklumat lanjut, sila lawat: http://www.ico.gov.uk/

Sila ingat bahawa dalam menidakkan kuki pada laman MCFC boleh menjejaskan pengalaman anda dalam melayar laman di mana terdapat fungsi yang dikawal oleh penggunaan kuki.

MCFC juga menggunakan beberapa syarikat pengukur bebas, pengiklanan dan penyelidikan. Mereka mengumpul maklumat berkenaan para pelawat ke laman web MCFC dengan menggunakan kuki, log masuk data, fail log, serta kod yang terterap di laman web kami. MCFC menggunakan maklumat jenis ini bagi membantu meningkatkan mutu perkhidmatan yang diberi kepada pengguna, namun, kami menuntut bahawa pihak ketiga tidak menggunakan mana-mana jenis maklumat ini untuk perniagaan mereka sendiri atau tujuan-tujuan lain.

MCFC tidak mengandungi pautan ke laman web yang dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga. Laman-laman web pihak ketiga mempunyai polisi privasi mereka sendiri termasuk kuki, jadi kami menggesa kepada anda untuk meneliti semula laman-laman web tersebut. Laman-laman web ini mengawal penggunaan apa-apa maklumat peribadi yang anda serahkan atau yang dikumpul oleh kuki ketika anda melawatnya. 

Kami tidak bertanggungjawab atau mempunyai liabiliti bagi amalan privasi laman-laman web pihak ketiga dan penggunaan laman web tersebut oleh anda adalah atas risiko anda sendiri.

c. MCFC dan bagaimana untuk menolak kuki?
Pengauditan yang komprehensif bagi laman dari segi kuki utama yang MCFC tetapkan (dan setiap apa tujuan digunakan) termasuk cara-cara untuk mengurangkan bilangan kuki yang anda terima telah pun dijalankan. Hasil daripada usaha ini, kami telah kumpulkan senarai kuki yang mungkin anda ingin membuangnya.

1 Fungsi
Kuki-kuki yang diperlukan bagi membolehkan untuk menggunakan laman web ini, mengakses bahagian selamat, menutup pop-up.                                                                                                 

2 Prestasi
Kuki-kuki yang digunakan untuk mengesan kadar jalur lebar, untuk meningkatkan kualiti aliran video             

3 Analitik
Kuki-kuki yang diperlukan untuk (Kedai / laman perkhidmatan jualan tiket mungkin menggunakan Analisa untuk tujuan pemasaran)                                                                                                                        

4 Sasaran
Kuki-kuki ‘sasaran’ dikaitkan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak ketiga, seperti butang 'Suka' dan butang 'Kongsi'. Pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan ini sebagai balasan untuk mengenalpasti yang anda telah melawat laman web kami.