quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Sorotan Perlawanan

Video Galeri

Aksi Terbaik: Wigan 1 City 0

Lagi untuk Ditonton

Beratur Turutan penantian saya (0)

Manchester City terpaksa menelan pahit harapan menyapu bersih kesemua piala domestik musim ini apabila kalah tipis kepada Wigan Atlhletic dalam Piala FA.

Selepas kecewa tewas di final dalam kejuaraan sama tahun 2013, diikuti tersingkir di suku akhir tahun 2014, kali ini Citizens sekali lagi dihampakan dengan kalah 1-0 dalam pusingan kelima oleh lewat gol Will Griggs

Berikutan kad merah dilayangkan kepada Fabian Delph di akhir babak pertama, City terpaksa bermain dengan 10 pemain. Dengan kesilapan jangkaan Kyle Walker, penyerang Wigan asal Ireland Utara mengambil peluang dan menggelecek laju untuk merembat masuk melepasi Claudio Bravo, 10 minit sebelum wisel penamat.

Saksikan rangkuman aksi terbaik dalam video di atas.