quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Sorotan Perlawanan

Video Galeri

Sorotan Perlawanan: Liverpool 3 City 0

Lagi untuk Ditonton

Beratur Turutan penantian saya (0)

City terus kecundang di Anfield selepas ditundukkan tuan rumah, Liverpool 3-0 dalam suku akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah.

Gol Mohamed Salah, Alex Oxlade-Chamberlain dan Sadio Mane yang dihasilkan di babak pertama membawa Citizens terpaksa memikul beban berat mengejar dari belakang.

Beberapa percubaan Leroy Sane, David Silva, Kevin De Bruyne, Gabriel Jesus dan Nicolas Otamendi gagal mengena sasaran.

Ia berlanjutan ke separuh masa kedua apabila pasukan Jurgen Klopp bertahan utuh yang menyukarkan lagi City menemui ruang untuk mengakhiri kemenangan mutlak buat Liverpool.

Kini pasukan Pep Guardiola masih ada 90 minit lagi untuk berpeluang mara ke semifinal kejuaraan elit Eropa buat kali kedua dalam sejarah kelab dengan kelebihan bermain di hadapan penyokong sendiri.