quote linkedin dugout

Sorotan Perlawanan

Video Galeri

Sorotan Ringkas: City 5 Liverpool 0

Lagi untuk Ditonton

Beratur Turutan penantian saya (0)

Gol pembuka Sergio Aguero diikuti dua gol Gabriel Jesus dan dua gol Leroy Sane membawa City mencatat rekod baru menjaringkan gol terbanyak ke atas pencabar Liga Perdana Inggeris sejak tahun 1937.

Liverpool turun dengan prestasi cemerlang selepas menundukkan Arsenal 4-0 dua minggu lalu sementara City pula meraih kemenangan dramatik 2-1 di Bournemouth.

City menyasarkan kemenangan semenjak kali terakhir diraih dalam saingan Liga Perdana pada Ogos 2014 dengan kemenangan 3-1.

Ia mempertemukan dua pakar taktikal terbaik bola sepak Eropah dengan Pep Guardiola dan Jurgen Klopp masing-masing memegang rekod lima kemenangan.

 Pasukan pelawat hampir mengecewakan tuan rumah di minit awal perlawanan apabila bintang baru the Reds, Mohamed Salah sentiasa memberi ancaman, namun sukar melepasi pertahanan mantap City gandingan Benjamin Mendy dan Kyle Walker.

Tendangan rendah Fernandinho hampir membuahkan gol pertama pada minit ke-16 namun dapat ditepis Simon Mignolet sebelum Aguero meledak gol pada minit ke-31 melalui hantaran Kevin De Bruyne.

 Beberapa minit kemudian Salah hampir menyamakan kedudukan namun berjaya disekat Nicolas Otamendi sebelum diselamatkan Ederson Moraes.

John Stones hampir menambah gol kedua selepas itu namun rembatannya dapat diselamatkan Mignolet sebelum pelanggaran Sadio Mane dengan Ederson yang mara ke hadapan untuk menyelamatkan percubaan pemain sayap Senegal tersebut.

 Mane dikenakan kad merah kerana tindakan yang membahayakan lawan yang telah membawa Ederson tersungkur jatuh berikutan tendangan keras terkena sisi mukanya yang membawa perlawanan terhenti sebelum penjaga gol Brazil tersebut diusung keluar dan digantikan dengan Claudio Bravo.

 Selepas perlawanan disambung semula, City serta merta memanfaatkan kelebihan Liverpool yang beraksi dengan sepuluh pemain apabila hantaran Walker berjaya ditanduk masuk Gabriel namun dibatalkan kerana ofsaid.

 Dua minit kemudian di masa tambahan, Gabriel berjaya menanduk masuk hantaran De Bruyne lalu melepasi Mignolet untuk gol kedua yang menambah keyakinan pasukan.

Seminit sebelum masa rehat pertama, Stones berjaya merampas bola dari Henderson menemui Fernandinho kemudian dihantar kepada Aguero untuk disudahinya.

Namun tanpa mementingkan diri sendiri sebaik sahaja tiba di pintu gawang Kun menghantarkannya kepada Gabriel untuk disudahi mudah mendahului 3-0.

Ia tidak berhenti di situ sekembali di babak kedua, City terus memburu gol seterusnya dan pada minit ke-76 Leroy Sane merembat masuk hantaran Mendy sebelum menambah gol kelima sebelum wisel penamat untuk berkesudahan 5-0.

 

Saksikan segala aksi dalam video di atas