quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Sorotan Perlawanan

Video Galeri

Aksi Terbaik: Palace 0 City 0

Lagi untuk Ditonton

Beratur Turutan penantian saya (0)

City menutup tirai tahun 2017 dengan rekod tanpa kalah semua 21 perlawanan Liga Perdana Inggeris selepas seri tanpa jaringan dengan Crystal Palace.

Dalam perlawanan penuh insiden di Selhurst Park di ambang Tahun Baru 2018, City kehilangan Gabriel Jesus yang cedera selepas 20 minit beraksi, sementara Kevin De Bruyne turut mengalami kecederaan di masa tambahan namun tidak serius  seperti jangkaan awal.

Pasukan Roy Hodgson menamatkan rekod 18 kemenangan berturut-turut City dan merupakan hanya pasukan kedua Liga Perdana Inggeris melakukannya selepas Everton turut mengikat seri dalam perlawanan kedua musim ini.

Ederson Morares menjadi wira apabila menyelamatkan sepakan penalti di minit-minit akhir perlawanan oleh Luke Milivojevic untuk pasukan Pep Guardiola sekurang-kurangnya meraih satu mata.

City tetap unggul di puncak dengan 59 mata dan mengumpul 61 gol dan hanya terbolos 12, satu pencapaian terbaik mana-mana pasukan dalam sejarah Liga Perdana dari permulaan musim.

Kini dengan memasuki tahun Baru 2018 dan separuh kedua musim, cabaran semakin berganda buat Citizens!

Saksikan segala aksi terbaik dalam video di atas.