quote linkedin dugout

Sorotan Perlawanan

Video Galeri

Sorotan perlawanan: Brighton 0 Man City 2

Lagi untuk Ditonton

Beratur Turutan penantian saya (0)

Manchester City membuka kempen Liga Perdana Inggeris musim 2017/18 dengan bergaya apabila meraih kemenangan 2-0 di Brighton. 

Ledakan gol pembuka Sergio Aguero di separuh masa kedua, diikuti gol sendiri pemain Brighton, Lewis Dunk untuk menjamin tiga mata penuh buat pasukan Pep Guardiola.

Perlawanan turut menampilkan pemain baru Kyle WalkerDanilo dan penjaga gol Ederson dalam aksi pertama mereka saingan Liga Perdana Inggeris buat City.

Sementara Bernardo Silva  turut tampil kali pertama sebagai pemain gantian apabila diturunkan di babak kedua menjadikan ia pembuka musim yang sempurna buat City.

City kini ada sembilan hari sebelum perlawanan berikutnya menentang Everton di Stadium Etihad dimana skuad akan terbang ke Sepanyol untuk kem musim panas dan menghadapi kelab La Liga, Girona hari Selasa ini dalam perlawanan persahabatan.

Saksikan aksi kemenangan City dalam video di atas.