quote linkedin dugout

Sorotan Perlawanan

Video Galeri

Sorotan perlawanan: Bournemouth 1 City 2

Lagi untuk Ditonton

Beratur Turutan penantian saya (0)

Jaringan gol Raheem Sterling yang penuh dramatik di masa tambahan menjamin kemenangan berharga 2-1 di Bournemouth dalam perlawanan ketiga Liga Perdana Inggeris musim ini.

City hampir kelihatan berakhir dengan satu lagi perlawanan seri buat kali kedua berturut-turut dengan pasukan kendalian Eddie Howe secara berterusan menyukarkan pelawat untuk mencipta peluang dengan bertahan kukuh selepas Gabriel Jesus berjaya menyamakan kedudukan untuk gol awal Charlie Daniels.

Namun pada minit ketujuh masa tambahan, Sterling menjadi penyelamat sebagaimana yang telah dilakukan pada hari Isnin lalu menentang Everton dengan ledakan gol jarak dekat untuk menjamin tiga mata penuh.

Drama tidak berakhir di situ apabila pengadil perlawanan, Mike Dean yang telah melayangkan 11 kad kuning menunjukkan kad kuning kedua buat Sterling kerana meraikan gol kemenangan secara berlebihan bersama para penyokong City yang penuh beremosi yang mencetuskan kontroversi dan pelbagai pandangan ramai.

Saksikan segala aksi dalam video di atas