quote linkedin dugout

Wawancara

Video Galeri

Gundogan teruja dengan pemain baru

Lagi untuk Ditonton

Beratur Turutan penantian saya (0)

Ilkay Gundogan tidak sabar bermain disamping para pemain baru yang tiba di Manchester City.

City telah menandatangani Bernardo Silva dan Ederson yang telah tiba Musim Panas ini yang memperkukuhkan lagi skuad Pep Guardiola menjelang musim baru nanti.

Pemain tengah Jerman itu berkata yang beliau teruja dengan ketibaan para pemain baru terutama pemain tengah Jerman, Bernardo Silva yang beliau percaya seorang pemain yang berkualiti.

"Ia sentiasa mengujakan, para pemain baru tiba untuk memperkenalkan mereka ke dalam pasukan, ia sentiasa mencabar tapi kami mempunyai banyak karakter dalam pasukan ini, jadi ia tidak memberi masalah.

"Kami kami akan menjaga mereka. Saya tidak begitu kenal penjaga gol baru, Ederson, saya belum pernah menyaksikannya bermain, tapi dengan Bernardo kami pernah bermain melawannya semasa Liga Juara-Juara Eropah musim lalu. Dia seorang pemain hebat dan berbakat.

"Penjaga gol baru masih muda, mereka pasti akan dapat membantu kami musim depan yang pasti lebih mencabar, banyak perlawanan perlu dimainkan.

"Diharap ia akan menjanjikan musim yang lebih bagus buat kita semua."

Saksikan video penuh wawancara bersama Gundogan di atas.