quote linkedin dugout

Wawancara

Video Galeri

KYLE: SAYA DI SINI UNTUK RANGKUL BANYAK PIALA

Lagi untuk Ditonton

Beratur Turutan penantian saya (0)

Apa perasaan anda selepas menyempurnakan perjanjian?

Ia terasa masih sukar dipercayai dimana saya telah bersama kelab lalu begitu lama namun saya teruja. Ia satu lembaran baru dan saya tidak sabar untuk memulakannya.

BLUE BOY: Kyle akan menyertai rakan-rakan sepasukan baru dalam jelajah pramusim di USA

Apa pandangan pertama anda tentang City?

Setiap mereka di sini begitu mengalu-alukan saya. Saya bangun sejak pukul 6 pagi dan begitu sibuk. Ia menyeronokkan dan hari-hari sibuk menanti. Saya tidak sabar melaluinya.

Ia sentiasa bagus dapat melihat wajah-wajah kebiasaan saya lihat. Sudah tentu Stonesy (John Stones) yang saya kenal bersama skuad England dan kami banyak habiskan masa bersama-sama – saya, dia dan Del (Dele Alli) – bersembang, bermain Playstation, jadi ia bagus dapat bertemunya.

Related image

Salah satu wajah-wajah kebiasaan termasuk Fabian Delph?

Semasa saya di Sheffield United, dia ketika itu di Bradford dan kami biasa bermain menentang satu sama lain. Kemudian beliau berpindah ke Leeds dan kami teruskan persahabatan dan selepas itu besama-sama di Aston Villa. Ia sesuatu aneh dalam bola sepak namun ia bagus dapat melihat wajah-wajah yang biasa saya lihat, membuatkan anda merasa lebih di rumah sendiri dan dialu-alukan.

Image result for delph and walker

Pep sukakan barisan pertahanan penuh menyerang, jadi adakah ia membantu?

Ia sebahagian besar dari permainan saya, menyerang. Sebagaimana yang telah saya katakan banyak kali, saya pertama-pertamanya adalah pemain pertahanan tapi saya boleh memberi sesuatu di bahagian serangan, jadi ia akan membawa sesuatu yang positif kepada pasukan, satu kelebihan dan diharap kami dapat menundukkan pasukan-pasukan lawan.

DI SINI BERMULA SEGALANYA: Kyle bertekad untuk merangkul banyak piala bersama City

Apa pendapat anda bekerja di bawah Guardiola?

Beliau seorang pengurus hebat untuk bekerja di bawahnya. Saya teruja, sedikit gusar tapi ia ia adalah lembaran seterusnya dalam karier saya dimana saya dapat terus belajar. Saya pada usia sesuai kini dimana saya di tempoh kemuncak dan saya hanya mahu terus belajar memperbaikinya lagi.

Saya belum lagi bersembang secara mendalam dengannya tapi setakat ini semuanya positif dan beliau memberitahu saya yang saya akan serasi dengan gaya permainannya. Perkara utamanya ialah kedua-dua kami ingin merangkul banyak piala. Ia satu kelab besar, pasukan hebat dan kami perlu teruskan dalam memburu kemenangan.

Berapa banyak lagi akan datang dari Kyle Walker?

Saya rasa masih banyak lagi. Tottenham satu kelab hebat, ia telah membantu saya di mana saya sekarang terutama di bawah pengurus sekarang tapi kadang-kadang laluan anda tidak lagi di sanan dan anda perlu membawa arah baru. Di sini tempat yang hebat untuk tujuan itu.

Apa yang anda harapkan dan cita-cita anda untuk perjanjian lima tahun anda?

Saya mahu terus memperbaiki diri sebagai pemain tapi ia semua tentang pasukan. Kami perlu terus berusaha dan cuba merangkul seberapa banyak piala yang boleh ditambah untuk CV saya kerana saya tidak banyak meraihnya dalam karier saya setakat ini.

FOKUS: Walker menjadi pemain ketiga ditandatangani City musim panas ini

Anda kini memakai jersi No.2..apa ia memberi makna kepada anda?

Sebai sahaja nombor itu sedia untuk pemain saya terus mendapatkannya. Saya telah menunggu sejak sekian lama semasa di Tottenham tapi seakan sudah takdir ia tersedia untuk saya di sini dan saya terus mengambilnya segera.

MASIH PANAS: Kyle memegang jersi pertamanya yang baru dicetak

Apa perasaan anda mengisi posisi ditinggalkan Zabaleta?

Saya telah menyaksikan Pablo Zabaleta banyak tak terkira di Youtube kerana jarak masa beliau berlari ke kotak penalti begitu hebat dan ia sesuatu yang saya cuba lakukan dalam permainan saya. Dengan kelajuan, jika saya boleh tentukan masa larian saya juga, saya rasa tiada sesiapa boleh menghentikan saya.

Saya suka membantu jaringan, saya tidak begitu tamak, saya tidak mahu menjaringkan gol. Selagi mana saya dapat membantu rakan sepasukan dan mereka dapat menghasilkan gol, itu sahaja yang saya pedulikan.

Image result for pablo zabaleta no 2

Berpindah semula ke utara England membawa anda lebih dekat dengan keluarga…

Ketika kali pertama saya berpindah ke London ia amat sukar. Saya terasa begitu rindukan kampong halaman. Saya tidak pernah berada jauh dari Sheffield jadi ia sulit tapi selepas dua tahun saya tidak pernah kembali.

Kini saya kembali ke bahagian utara, ibu saya begitu gembira dan saya amat teruja. Dia tidak percaya ketika saya memberitahunya apa yang telah saya lalui. Suasana hening seketika, kemudian diikuti dengan tangisan, diikuti hilaian ketawa.

Dia gembira kerana dia akan dapat bertemu saya dan cucu-cucunya lebih kerap.

Image result for kyle walker parents

Apa anda rasa menjelang pertemuan pertama dengan rakan-rakan sepasukan dalam sesi jelajah Amerika Syarikat nanti?

Ia sedikit gementar. Terdapat ramai pemain hebat dan saya sentiasa selesa dalam lingkungan saya seketika dimana ramai pemain baru dan saya suka menyakat mereka, jadi kini goliran saya menjadi pemain baru di sini, tapi saya akan cuba menyesuaikan diri.

Dan kemudian anda akan hadapi derbi Manchester pertama..

Dalam tempoh beberapa pinjaman ke kelab-kelab lain sebelumnya saya sentiasa dihadapkan dengan perlawanan derbi serta merta. Saya sudah terbiasa dengan perlawanan-perlawanan besar.

SUASANA BARU: Walker berkemungkinan akan melakukan debut di hadapan peminat City dalam perlawanan kedua menentang Everton

Jika anda satu mesej untuk para peminat City apa yang anda ingin sampaikan?

Terima kasih kerana menerima saya, mengalu-alukan saya dan diharap kita akan dapat merangkul banyak kejuaraan kerana itu sebab saya datang ke sini.