quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Setiap Sentuhan

Video Galeri

Setiap Sentuhan: Gundogan vs Chelsea

Lagi untuk Ditonton

Beratur Turutan penantian saya (0)

Ilkay Gundogan memecah rekod jumlah hantaran Liga Perdana Inggeris dalam kemenangan 1-0 ke atas Chelsea.

Pemain tengah Jerman ini melakukan sentuhan, hantaran dan peratus hantaran berjaya paling tinggi dalam sejarah Liga Perdana Inggeris dalam kemenangan Manchester City ke atas juara bertahan, Chelsea di Stadium Etihad.

Dengan 174 hantaran lengkap, Gundogan memecah rekod yang dicatat oleh Yaya Toure dengan 164 hantaran sempurna pada Disember 2011.

Pasukan Pep Guardiola turut memecah rekod menjad pasukan pertama mencatat lebih 900 hantaran dalam satu perlawanan Liga Perdana sejak Opta mengutip data pada tahun 2003.

Gol Bernard Silva dari hantaran David Silva menjamin tiga mata penuh buat City dengan hanya 4 lagi kemenangan diperlukan untuk bergelar juara.

Saksikan aksi hebat Ilkay dalam video di atas.