quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Paparan Menarik

Video Galeri

Piala Liga: Perjalanan ke Wembley

Lagi untuk Ditonton

Beratur Turutan penantian saya (0)

Manchester City dalam sasaran merangkul piala pertama musim ini bertemu Arsenal di perlawanan akhir Carabao Cup Ahad ini di Wembley.

Pasukan Pep Guardiola telah memulakan cabaran Piala Liga melepasi hadangan pertama West Brom di pusingan ketiga dengan kemenangan 2-1 di teh Hawthorns. Kemudian melepasi Wolves melalui sepakan penalti penentuan 3-1 selepas diikat seri tanpa jaringan di Stadium Etihad pada pusingan 16 akhir.

Di suku akhir City sekali lagi terpaksa melalui sepakan penentuan (4-3) menentang Leicester di King Power Stadium selepas diikat seri 1-1 dan berjaya melepasi Bristol City dengan agregat 5-3 dalam dua petemuan separuh akhir.

Sehingga kini City telah menjulang Piala Liga sebanyak empat kali; 1970, 1976, 2014 dan 2016 dengan kali terakhir turut ditentukan melalui sepakan penalti penentuan menentang Liverpool. Bagaimana pula kali ini?

Tonton perjalanan Citizens ke Wembley kali ini dalam video di atas.