quote linkedin dugout

Paparan Menarik

Video Galeri

Yaya 300: 5 gol terbaik Liga Perdana Inggeris

Lagi untuk Ditonton

Beratur Turutan penantian saya (0)

Yaya Toure telah tampil sebanyak 300 kali buat Manchester selepas dinamakan dalam kesebelasan utama menentang West Brom

Pemain tengah asal Ivory Coast telah menyertai City pada tahun 2010 dari Barcelona dan memain peranan utama dalam siri kejayaan indah.

Semenjak itu Yaya telah memahat namanya sebagai salah seorang legenda kelab, terkenal dengan 'kuasa enjin' pasukan dan jaringan gol-gol pentingnya, serta komitmennya yang tak berbelah bagi.

Beliau telah menjulang dua piala Liga Perdana Inggeris, dua Piala Liga dan satu Piala FA termasuk menjaringkan gol kemenangan di semifinal Piala FA menentang Manchester United dan perlawanan akhir melawan Stok untuk menamatkan kemarau piala sejak 35 tahun.

Untuk meraikan detik bersejarah ini, CityTV memilih lima gol terbaik Yaya dari 82 gol dalam 300 penampilannya..