quote linkedin dugout

Paparan Menarik

Video Galeri

Yaya 300: Sorotan karier

Lagi untuk Ditonton

Beratur Turutan penantian saya (0)

Pertembungan Man City dengan West Brom dalam Piala Carabao menandakan satu lagi detik bersejarah perjalanan karier Yaya Toure.

Ia merupakan penampilan ke-300 pemain tengah dari Ivory Coast ini buat kelab sejak berpindah dari Barcelona pada musim panas tahun 2010.

Semenjak itu Yaya telah memahat namanya sebagai salah seorang legenda kelab, terkenal dengan 'kuasa enjin' pasukan dan jaringan gol-gol pentingnya, serta komitmennya yang tak berbelah bagi.

Sepanjang tujuh tahun di Stadium Etihad, Yaya telah menjadi tonggak dalam City mengecapi siri kejayaan indah.

Beliau telah menjulang dua piala Liga Perdana Inggeris, dua Piala Liga dan satu Piala FA termasuk menjaringkan gol kemenangan di semifinal Piala FA menentang Manchester United dan perlawanan akhir melawan Stok untuk menamatkan kemarau piala sejak 35 tahun.

Untuk meraikan detik bersejarah ini, CityTV memilih sorotan terbaik perlawanan Yaya dari 300 penampilannya..