quote linkedin dugout

Paparan Menarik

Video Galeri

Musim Panas 2017: Rangkuman perpindahan

Lagi untuk Ditonton

Beratur Turutan penantian saya (0)

Jendela perpindahan pemain musim panas 2017/18 telah ditutup dan CityTV membawa anda lima pemain baru dalam skuad Pep Guardiola!

Pemain pertama yang tiba di Manchester City, pemain tengah Portugis, Bernardo Silva, 23, dari AS Monaco dengan kontrak lima tahun selepas mencatat musim cemerlang bersama juara Liga Perancis apabila mereka menghasilkan 103 gol serta berjaya sampa ke semifinal Liga Juara-Juara Eropah.

Ia diikuti Ederson Moraes, penjaga gol muda Brazil berusia 24 tahun menyertai City pada 1 Julai berpindah dari juara Portugal, Benfica selepas merangkul lima piala dalam dua musim.

Beliau terkenal dengan tindakbalas pantas dan pengagihan bola yang cemerlang, menerima pujian di seluruh Eropah dengan permainannya termasuk kemenangan 1-0 ke atas Borussia Dortmund di peringkat 16 akhir Liga Juara-Juara Eropah musim lalu.

Kyle Walker menjadi pemain ketiga menandatangani City dari Spurs sebelum skuad terbang ek Amerika Syarikat untuk sesi jelajah pramusim.

Bek penuh England berusia 26 tahun itu tiba di Stadium Etihad untuk kontrak lima tahun selepas bersama pasukan naib juara Liga Perdana Inggeris musim lalu selama lapan tahun.

Pemain keempat menyertai City, bek kiri Brazil, Danilo Luiz da Silva, 26 berpindah dari Real Madrid dengan rekod dua piala La Liga, dua Liga Juara-Juara Eropah, satu Piala Super UEFA dan satu Piala Dunia Kelab FIFA selepas 55 penampilan.

Pemain kelima menyertai City adalah bek Perancis, Benjamin Mendy, 23 berpindah dari AS Monaco selepas menyinar semasa Liga Juara-Juara Eropah musim lalu.

Saksikan video penuh di atas!