quote linkedin dugout

Paparan Menarik

Video Galeri

Dokumentari 93:20: Cerita para pemain

Lagi untuk Ditonton

Beratur Turutan penantian saya (0)

Setiap peminat Man City ada kenangan tersendiri ketika the Blues menjulang piala Liga Perdana Inggeris selepas menanti selama 44 tahun pada 13 Mei 2012.

Sama ada anda menonton sendiri perlawanan di Stadium Etihad atau dari jauh di kaca TV, detik Sergio Aguero menjaringkan gol kemenangan di saat terakhir 93:20 pasti sukar dilupakan sampai bila-bila...

Ia merupakan detik paling dramatik dalam sejarah bola sepak Liga Perdana Inggeris dan City tidak pernah melakukannya dengan cara mudah!

Ia penuh drama, emosi dan debaran di Stadium Etihad dalam setiap tendangan bola...

Untuk emraikan ulang tahun kelima hari terindah tersebut, CityTV mempersembahkan kepada anda wawancara eksklusif secara mendalam yang memaparkan para pemain, peminat dan pemain yang terlibat dan menyaksikan detik bersejarah tersebut.

Dengar dari Vincent Kompany, Joe Hart, Mario Balotellu, Gareth Barry, Gael Clichy, Joleon Lescott, Nigel de Jong, Pablo Zabaleta, Nedum Onuoha, Edin Dzeko, dan malah Joey Barton dan sudah tentu hero di hari tersebut, Sergio Aguero, serta mantan bos, Roberto Mancini dalam mengimbas kembali setiap detik hari penuh bersejarah dari mula sehingga saat menjulang piala.

Kami paparkan kepada anda dengan sarikata dalama Bahasa Melayu/Malaysia...