quote linkedin dugout

Paparan Menarik

Video Galeri

Laman web Man City Bahasa Melayu berwajah baru

Lagi untuk Ditonton

Beratur Turutan penantian saya (0)

Manchester City versi Bahasa Melayu (Malaysia) yang telah dilancarkan pada Jun 2013 merupakan satu-satunya laman web rasmi kelab bola sepak Inggeris antarabangsa yang menggunakan Bahasa Melayu, selain akaun Twitter rasmi Bahasa Melayu @ManCityMAS.

Kini selepas tiga tahun beroperasi dan mendapat sambutan menggalakkan dari para peminat Manchester City berbahasa Melayu di Malaysia, Brunei, Singapura dan di mana sahaja pihak media kelab melancarkan laman web berwajah baharu selari dengan laman web rasmi Bahasa Ingggeris.

Laman web Bahasa Melayu terbaharu lebih mapan dan interaktik menggunakan platform Wix dengan para pengunjung laman web dalam mengakses secara mudah segala berita terkini tentang kelab kesayangan mereka termasuk laporan perlawanan, jadual perlawanan, sorotan perlawanan, video, galeri foto dan ruangan khas buat para peminat di tanahair termasuk Blog Peminat, aktiviti kelab peminat dan banyak lagi.

Selain laman web Bahasa Melayu dan Inggeris, Manchester City turut mempunyai pilihan web dalam Bahasa Arab, Perancis, Sepanyol, Portugis, Rusia, Jepun, Korea, Mandarin (China), Cina (HK, Taiwan), Thai dan Indonesia yang menjadikan City satu-satunya kelab bola sepak yang mempunyai pilihan bahasa terbanyak. Kesemua laman web dikendalikan sendiri oleh para petugas penutur asal bahasa masing-masing dna berpusat di ibu pejabat City Football Group di Manchester.