quote linkedin dugout

Latihan

Video Galeri

Sesi latihan pertama Bernardo Silva bersama City

Lagi untuk Ditonton

Beratur Turutan penantian saya (0)

Penantian akhirnya berakhir apabila Bernardo Silva secara rasmi menyertai rakan-rakan sepasukan dalam sesi latihan pertama sejak menyertai Manchester City dari AS Monaco. 

Pemain tengah asal Portugal ini merupakan pemain pertama ditandatangani Pep Guardiola musim panas ini pada 1 Julai 2017. 

Namun penglibatannya bersama pasukan kebangsaan Portugal dalam Piala Konfederasi di Rusia membenarkannya untuk melanjutkan cuti musim panas dan terlepas peluang dalam Jelajah Pramusim di Amerika Syarikat termasuk beraksi dalam kejohanan International Champions Cup.

Dengan skuad Pep Guardiola kembali di CFA, pemain berusia 22 tahun disatukan dengan rakan-rakan sepasukan dalam persiapan menjelang musim baru 2017/18 dengan perlawanan persahabatan terakhir pramusim hari Jumaat ini menentang West Ham di Iceland.

Tonton aksi Bernardo Silva berlatih dalam video di atas.