quote linkedin dugout

Balik Tabir

Video Galeri

Di Balik Tabir khas: Selamat datang Kyle!

Lagi untuk Ditonton

Beratur Turutan penantian saya (0)

Manchester City menyempurnakan penandatanganan Kyle Walker hari Jumaat.

Pemain pertahanan kanan itu berpindah dari Tonttenham dengan perjanjian lima tahun dan memilih menyarung jersi No.2

Beliau menjadi pemain ketiga ditandatangani City musim panas ini mengikut jejak langkah Bernardo Silva dan Ederson Moraes.

“Saya teruja ditandatangani City dan tidak sabar untuk mula beraksi,” ujar Walker.

“Pep Guardiola merupakan salah seorang pengurus yang paling dihormati di dunia dan saya merasakan beliau dapat membantu permainan saya ke tahap baru.”

Txixi Begiristain, Pengarah Bola Sepak Kelab menambah, “Kyle merupakan bek penuh yang hebat, seorang yang berupaya menghasilkan kualiti di kedua-dua bahagian padang.

“Kami telah mengikuti perkembangannya di Spurs dan amat kagum dengan apa yang ditunjukkan. Beliau kini merupakan salah seorang bek penuh terbaik dalam Liga Perdana Inggeris dan diturunkan secara kerap untuk pasukan kebangsaan England.

“Saya pasti beliau akan mencipta kejayaan di Manchester City pada musim ini dan seterusnya.”

Anda boleh menjejaki bersama hari pertama Kyle Walker di rumah barunya dan apa yang berlaku di sebalik tabir dalam video di atas.