quote linkedin dugout

Balik Tabir

Video Galeri

City Seminggu: Musim baru tekad baru

Lagi untuk Ditonton

Beratur Turutan penantian saya (0)

Setiap minggu kami paparkan apa yang berlaku di sebalik tabir di Manchester City.

Kali ini kami bawakan kepada anda Cityzens Saturday acara khas untuk para peminat City sempena kedatangan musim baru 2017/18.

Ribuan peminat hadir di CFA untuk menyaksikan para pemain kendalian Pep Guardiola berlatih di sesi latihan terbuka. Mereka juga mengambil kesempatan berselfie dan mendapat autograf dari pengurus dan para pemain.

Kami juga memberi sesi jelajah khas untuk pengurus secara peribadi ke bilik persalinan pakaian baru di Stadium Etihad dan juga mendengar soal jawab bos di sidang media sebelum perlawanan pembuka menentang Brighton.

Saksikan juga tendangan 'kala jengking' Eliaquim Mangala dalam persiapan skuad sebelum bertandang di Stadium Amex, hari Sabtu.

Saksikan kesemuanya dalam video di atas.