quote linkedin dugout
Bernardo  Silva

Dianggap salah seorang pemain tonggak paling berbakat di Eropah..

Pemain tonggak asal Portugal ini akan tiba di Stadium Etihad selepas membantu AS Monaco menjuarai Ligue 1 Perancis dan turut membawa pasukannya sampai ke semifinal Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

Bernardo memulakan kariernya di Benfica di mana beliau menyerlah bersama pasukan B dalam Divisyen Kedua (Segunda Division), dan pada musim panas 2013 beliau beraksi dalam kejohanan Piala Eropah Bawah-18 dimana beliau dinamakan antara 10 pemain paling berbakat oleh para wartawan UEFA selepas membantu Portugal ke semifinal.

Beliau berpindah ke Monaco pada tahun 2014 untuk pinjaman semusim dan tampil bermain sebanyak tiga kali buat pasukan utama Benfica, namun permainannya yang mantap di Perancis semasa tempoh pinjaman enam bulan telah membawa kepada kontrak kekal.

Musim pertama Silva di Monaco telah membawa pasukan tersebut menjuarai Ligue 1 dan berjaya sampai ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah dimana mereka mengalahkan Arsenal di peringkat 16 akhir selepas permainan cemerlang di Stadium Emirates.

Pada musim berikutnya, pasukan kendalian Leonardo Jardim dengan revolusi menyerang bermula pada musim 2016.17.

Bersama-sama dengan Radamel Falco, Fabino, Benjamin Mendy, Thomas Lemar dan Kylian Mbappe, Silva menjadi antara tonggak dalam Monaco menjuarai liga utama Perancis dan berjaya sampai ke semifinal Liga Juara-Juara Eropah, dimana mereka menewaskan Tottenham di kedua-dua perlawanan peringkat kumpulan sebelum menyingkirkan City dan Borussia Dortmund untuk separuh akhir.

Silva tampil sebanyak 51 kali buat Monaco musim lalu dengan menjaringkan 10 gol dan membantu 10 gol lagi menjadikannya salah seorang pemain yang diingini di Eropah.

Beliau mewakili pasukan kebangsaan Portugal peringkat senior pertama kali pada tahun 2015 semasa perlawanan menentang Cape Varde dan kini sudah mencecah 12 kali.

Perjanjian antara City dan Silva menamatkan spekulasi minat dari kelab-kelab ternama Eropah lain. Beliau memilih jersi No.20 buat Manchester City.

Lompat ke kandungan

Media

Penampilan Karier 1

Silva
Sebelumnya
Danilo Luiz
Sebelumnya
Seterusnya
Jason Denayer
Seterusnya